Nuffnang

Jumaat, 1 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Shila Amzah Terima Lamaran <b>Sharnaaz Ahmad</b>? |

Posted: 17 Dec 2012 07:01 AM PST


Sebentar tadi, Shila Amzah telah pun mengumumkan di Twitternya yang dia sudah menerima lamaran daripada cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad. Status yang dikemaskini kira-kira sejam lalu ini telah pun dipadam dan tidak dapat dilihat di "timeline" Shila Amzah.

shila amzah

Mungkinkah akaun Twitter Shila Amzah turut sama kena "hack" seperti yang dialami oleh Sharnaaz Ahmad? Hmmm. Tidak boleh dinafikan kemungkinan untuk perkara itu berlaku memang ada. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Shila Amzah. Kalau benar akan berkahwin, tahniah Abang Nara ucapkan.

P.S: Video kanak-kanak didera

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Cabar ND Lala Jadi Lelaki | OHBULAN!

Posted: 31 Jan 2013 05:17 AM PST

Sharnaaz

"Jadilah seperti seorang lelaki" adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

"Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

"Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita."

Tak cukup disitu, Sharnaaz turut menegaskan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku serta mengaku bahawa ibubapanya merasa terkilan selepas membaca kenyataan ND Lala.

"Takkanlah saya hendak pergi merisik atau meminang tanpa kehadiran ibu bapa saya. Tapi, bila membaca kenyataan ND Lala yang sebegitu, ibu bapa saya sendiri pun rasa terkilan dan marah.

Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda jugak.

Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua."

Bagaimana pun, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dengan perkara yang berlaku.

"Entahlah…saya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Saya tak putus asa. Tapi, kalau saya terus hantar rombongan merisik atau meminang pun, kalau dia tidak terima, bagaimana?

Bagi yang masih belum jelas, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan ini selepas ND Lala menegur sikap Sharnaaz yang terlalu terbuka memberikan kenyataan mengenai hubungan cintanya bersama Shila Amzah.

Sumber : Murai

Tags: , , , ,

<b>Sharnaaz Ahmad</b> Mengaku Kongkong Pergerakan Shila Amzah <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 07:39 PM PST

Shila-Amzah-SharnaazBiasanya, kalau sudah berkahwin secara sah barulah si suami akan mengawal dan mengongkong pergerakan isteri mereka. Tapi, lain pula situasinya pada pasangan selebriti, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah.

Selepas satu demi satu isu yang timbul, dari sebuah majlis di kaca tv sehinggalah ke laman sosial Twitter, pasangan ini tetap kekal bersama walaupun ditohmah pelbagai pihak. Shila Amzah ketika diusik oleh Faizal Ismail di majlis Anugerah Juara Lagu ke 27 yang berlangsung baru-baru ini juga tidak segan mengucapkan "I love You" secara terbuka kepada Sharnaaz.

Namun begitu, timbul pula khabar angin mengatakan Sharnaaz mengongkong pergerakan Shila Amzah sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada para peminat dan juga media.

Ketika ditemubual oleh wartawan, pelakon filem "Juvana" ini tidak menafikan dakwaan tersebut malah mengaku dia bertindak sedemikian kerana Shila Amzah bakal menjadi isterinya.

"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan. Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya." – Sharnaaz Ahmad dipetik dari mStar Online.

Apa pun, semoga hubungan cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Tags: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan