Nuffnang

Selasa, 30 April 2013

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


FDAM Akui Buat Silap & Akan Pulangkan Wang <b>Aaron Aziz</b> - RotiKaya

Posted: 24 Apr 2013 05:29 PM PDT

Presiden FDAM, Othman Hafsham hari ini memohon maaf atas kesilapan yang terjadi ekoran Aaron Aziz yang terpaksa membayar RM1,500 ketika mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut baru baru ini.

BACA: Siar Bukti Daftar Sebagai Ahli, Aaron Aziz Bidas Dakwaan FDAM

"Saya mewakili pihak FDAM memohon maaf atas kesilapan mengenai hal pembayaran yuran Aaron. Orang yang menjaga hal-hal itu mungkin tidak peka dengan status Aaron yang kini sudah mendapat taraf penduduk tetap"

Dalam laporan mStar Online yang sama, Othman Hafsham berkata yang warganegara hanya perlu membayar RM300 dan bukan warganegara akan di'kenakan bayaran sebanyak RM1,000.

Aaron Aziz dalam pada itu berkata yang beliau boleh menyaman Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang kerana tuduhan melulu yang mencemar reputasi beliau.

"Tuduhan itu amat berat. Jika saya nak, saya boleh saman dia kerana membuat tuduhan melulu dan memalukan saya," ujar Aaron Aziz kepada Berita Harian, tetapi beliau mahu perkara ini selesai dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan