Rita Rudaini - Google Blog Search |
<b>Rita Rudaini</b> Dakwa Aidil Tak Bagi Nafkah Walaupun Gaji RM50,000 | Posted: 21 Mar 2013 07:27 PM PDT Terkejut Abang Nara membaca Harian Metro hari ini. Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah pun mencecah angka puluh ribu. Ini satu perkembangan yang baik. Sayangnya menurut Rita Rudaini, walaupun berpendapatan RM50,000 sebulan, Aidil tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan anak-anak. Menerusi keterangan bertulis olehnya, Rita mendakwa sejak meninggalkan rumah kelamin mereka di Kota Damansara Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang, namun tak menentu dan biasanya menghampiri waktu kes mahkamah. Kata Rita Rudaini lagi:-
Untuk makluman, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampai pakai buang. Manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan bil dan rumah. Namun begitu, Aidil yang ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia mempunyai bukti yang dia memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Kata Aidil.
Mahkamah telah menetapkan 6 Mei ini untuk sesi soal balas. Semoga kebenaran akan terbukti dan jalan penyelesaian sebaiknya akan dapat dicapai buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan. P.S: WWE versi terlampau Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan