Nuffnang

Selasa, 30 April 2013

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Sazzy Falak</b> Diundang ke New York - Gua.com.my

Posted: 25 Apr 2013 04:39 PM PDT

Tidak dinafikan ketika ini jarang sekali kita dapat melihat wajah pelakon dan pengacara, Sazzy Falak di kaca televisyen. Bukan melupakan bidang lakonan, tetapi Sazzy sedang sibuk dengan perniagaannya Street Fashion (SF). Lebih menarik, pelakon itu telah diundang untuk terlibat dengan pertunjukan fesyen Plitzs New York Fashion Week 2013 (NYFW 2013), di New York pada September depan.

"Saya telah menerima undangan untuk mempersembahkan 25 koleksi dari SF untuk pertunjukan fesyen di New York itu nanti. Mungkin pihak penganjur mengenali jenama pakaian saya ini ketika saya menghadiri kursus pemasaran di Los Angeles pada Januari lepas", kata Sazzy yang bercadang untuk memperkenalkan SF ke peringat antarabangsa.

Bakal mereka sendiri pakaian yang akan dipamerkan nanti, Sazzy bercadang untuk mengetengahkan batik Malaysia dalam rekaannya yang berkonsepkan ala santai dan Bohemian.

"Saya baru reka beberapa rekaan, sedangkan saya cuma ada lebih kurang lima bulan saja lagi sebelum terbang ke New York. Walaupun penganjur mahukan saya mempamerkan 25 koleksi SF, tapi saya akan meyiapkan sekurang-kurangnya 30 koleksi sebagai persediaan", kata Sazzy.

Baru setahun berjinak dalam bidang perniagaan secara online itu, Sazzy turut memanjatkan rasa syukur kerana SF mendapat sambutan hangat daripada penggemar fesyen.

"Alhamdulillah, walaupun masih baru tapi perniagaan ini berjalan dengan baik dan semakin mendapat sambutan" tambah Sazzy mengakhiri bicara.

Gambar Anak <b>Sazzy Falak</b> Terkini - Gossip Artis Malaysia

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT

Pada: Rabu, 17 April 2013 Dah besar dah anak kembar Sazzy Falak ni, Lilly dan Tiara Rose dah berusia dua tahun lebih dah. Nampak nak cubit je pipi mereka berdua ni. Gambar yang diambil awal bulan April sehingga minggu ini melalui laman Instagram Sazzy yang lebih 300,000 follower!. Layan..




Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan