Nuffnang

Selasa, 30 April 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Tampil Berhijab, <b>Alyah</b> Sedia Terima Pelbagai Kritikan | Portal <b>...</b>

Posted: 15 Apr 2013 05:04 PM PDT

a8a1f504a53c11e2a96422000a1fbc12_7

Setelah kami kongsikan beberapa foto terbaru Alyah yang tampil manis bertudung semalam, penyanyi yang terkenal menerusi lagu "Kisah Hati" ini akhirnya mengesahkan sendiri berita perubahan imej terbarunya itu di sebuah portal hiburan tempatan.

Menurut Alyah, dia tidak kisah sekiranya selepas ini ada pihak yang memandang serong terhadap perubahan dirinya dan menganggap segalanya dilakukan kerana Allah, bukannya atas permintaan sesiapa.

Dengan penampilan terbaru ini, mungkin ada orang yang boleh terima, ada yang tidak. Saya tidak kisah dengan penerimaan orang lain. Saya buat kerana Allah. Bukan kerana permintaan orang lain. Apa yang saya dapat pada hari ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Paling penting, selepas bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang. Saya juga sudah sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah, Alyah akui sememangnya dirinya pernah merasa bimbang untuk teruskan niat tersebut kerana bimbang perkara itu akan membataskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Sebenarnya saya sudah biasa mengenakan tudung. Cuma saya tidak memakainya secara kekal. Sebelum ini saya tidak terfikir untuk memakai tudung kerana saya memikirkan kerjaya saya sebagai penyanyi. Saya bimbang kalau saya bertudung ia akan membataskan kerjaya saya. Namun, ketika saya mengerjakan Umrah baru-baru ini saya melalui satu pengalaman yang cukup menarik. Ia membuatkan pintu hati saya terbuka untuk memakai tudung secara kekal. Saya yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk diri saya.

Meskipun sudah berhijab, penyanyi ini tetap bertekad untuk meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Saya tetap akan teruskan kerjaya seperti biasa. Selagi ada pihak yang mengundang saya menyanyi, saya akan terus menyanyi. Terus-terang saya katakan, saya tidak anggap pemakaian tudung ini akan membataskan kerja saya. Seandainya tawaran menyanyi semakin berkurangan selepas ini, saya redha dan berserah. Mungkin sudah sampai masa yang fokus pada bidang perniagaan pula. – Ujar Alyah menerusi laporan Gua.com

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan