Neelofa - Google Blog Search |
<b>Neelofa</b> Ratu Kontroversi? | Posted: 08 Jan 2012 09:42 PM PST Karier dan kontroversi buat pelakon dan pengacara, Neelofa bergerak seiring sejak di awal kemunculannya dalam bidang seni. Bagaimanapun, kontroversi itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus mengharungi sepak terajang industri ini. Bermula dengan gosip cinta bersama VIP, seterusnya pelakon filem Azura ini dikaitkan dengan hero filem sama, Shahz Jaszle sehingga menjadi punca perpisahan aktor itu dengan bekas kekasihnya, Maria Farida. Malah Neelofa turut dikaitkan dengan pelakon Tahajjud Cinta, Fazura yang mendakwa Neelofa cuba untuk merampas kekasihnya. Tidak memandang perkara itu sebagai masalah besar, pemenang Dewi Remaja 2010/2011 yang lebih mesra disapa Lofa ini tidak menafikan bahawa kontroversi yang timbul sedikit sebanyak menaikkan namanya dalam industri hiburan. "Saya mengakui perkara itu, tetapi tidak bersetuju jika ada yang mengatakan saya hanya bersandarkan pada kontroversi semata-mata. Bagi saya, kontroversi ini ada buruk baiknya bergantung kepada artis itu. "Untuk berada lebih lama dalam industri, bakat perlu ada. Kontroversi yang melanda hanya sementara sahaja. Jadi, saya tidak mahu berada di dalam kelompok yang mengharapkan kontroversi sahaja. "Saya berharap masyarakat menilai saya melalui bakat yang saya ada. Berikan ruang untuk saya mempamerkan kebolehan yang saya ada, jangan nilai saya berdasarkan desas-desus yang timbul tanpa sahih itu," katanya yang kini bakal menjalani penggambaran drama terbaru arahan Eirma Fatima, Dejavu Di Kinabalu. via sinarharian Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Neelofa - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan