Syamsul Yusof - Google Blog Search |
<b>SYAMSUL YUSOF</b> TUKAR NAMA FILEM KL GANGSTER 2: PREKUEL Posted: 13 Jan 2012 06:00 PM PST No of View :22 ![]() KUALA LUMPUR: Pengarah filem Syamsul Yusof bercadang untuk menukar judul filem terbarunya, KL Gangster 2: Prekuel kepada KL Gangster 2: The Beginning bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton yang kurang memahami maksud istilah 'prekuel' yang digunakan dalam filem tersebut. Syamsul berkata walaupun filem itu dinamakan KL Gangster 2, ia bukanlah kesinambungan atau sekuel kepada bahagian pertama filem itu. Sebaliknya, ia memaparkan bahagian pengenalan kepada KL Gangster (2011). "Apa yang saya perhatikan segelintir besar penonton kita masih tidak faham maksud istilah prekuel dan sekuel yang digunakan dalam sesebuah filem. "Saya bimbang jika istilah prekuel dikekalkan dalam tajuk KL Gangster 2, penonton yang tidak faham istilah itu akan berasa keliru dengan jalan cerita dan watak dalam filem kedua ini," katanya . Syamsul berkata sekiranya dia mengekalkan istilah prekuel yang bermaksud bahagian pengenalan filem itu, penonton yang tidak memahami istilah itu akan mempersoalkan kewujudan semula beberapa watak yang sepatutnya sudah mati dalam KL Gangster yang ditayangkan pada tahun lalu. ![]() |
You are subscribed to email updates from Syamsul Yusof - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan