Nuffnang

Sabtu, 14 Januari 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Drama Ariana Mikhail Lakonan <b>Nora Danish</b> & Sein | Sensasi Selebriti

Posted: 09 Jan 2012 10:19 PM PST

CINTA MUNCUL & HILANG DI PARIS…
Mungkinkah Nora Danish dan Sein bersatu?

Setelah tamatnya drama "Karma", kini slot Ratu TV9 menyusul dengan drama terbaru "Ariana Mikhail" dan dijangka akan turut mendapat tempat istimewa di dalam hati setiap penonton TV9. Drama romantik yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein), bakal menemui anda semua melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.

Kisah "Ariana Mikhail" bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Ariana Mikhail TV9

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, "Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang." Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis "Ariana Mikhail" bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam!

Drama 15 episod ini dipacu oleh Grand Brilliance Sdn Bhd selaku penerbitnya dan juga turut dibintangi oleh barisan pelakon baru iaitu Hanez Suraya, Zaefrul Nordin dan Mysara.

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Ariana Mikhail TV9

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Mesra Nora Danish & Shahrul Tersebar
  • Gambar Nora Danish Bertudung
  • Jawapan Trivia: Perut Berisi Nora Danish
  • Gambar Anak Nora Danish
  • Nora Danish Namakan Anaknya Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli
  • Gambar Anak Nora Danish di Majlis Aqiqah
  • Pelakon Nora Danish Bersalin Dapat Anak Lelaki
  • Sinopsis Drama Ana Lu'Lu
  • Gambar Nora Danish di Pagi ABP 2008
  • Gambar Nora Danish Di Pertunjukkan Fesyen Arabian Nite ASK2009
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Gambar <b>Nora Danish</b> Jalan-Jalan Di Paris | ! ! ! Aku Belogfadah <b>...</b>

    Posted: 17 Dec 2011 08:32 AM PST

    Salam semua,


    Dari Blog Abg Nara admin paparkan gambar Nora Danish jalan-jalan di Paris. Nora Danish yang kini sedang popular menerusi drama Tentang Dhia memang daripada dulu sampai sekarang nampak muda. Tak tahu apa rahsia Nora Danish. Seperti tak dimakan usia langsung. Jom Like Facebook Nora Danish.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan