Nuffnang

Sabtu, 14 Januari 2012

Pierre Andre - Google Blog Search

Pierre Andre - Google Blog Search


Chantek Filem Komedi Romantik Arahan Terbaru <b>Pierre Andre</b>

Posted: 12 Jan 2012 09:09 PM PST

Chantek, filem terbaru dari Pierre Andre yang bergenre Komedi Romantik bakal di tayangkan pada 16 Februari 2012 nanti.. dah tak lama tue.. 
AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012..
Suka tagline filem nie yang berbunyi "Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan"
Filem ini dibintangi oleh Pierre Andre sendiri, pelakon Indonesia yang bernama Nurul Ekasari dan juga Abon (Juara Maharaja Lawak Mega) ...  So jangan lepaskan peluang untuk menonton filem terbaru dari Pierre And re.. Nak tau lebih lanjut boleh lah melawat Facebook CHANTEK.
Sebelum tu, jom layan trailer Filem Chantek dulu..
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan