Nuffnang

Selasa, 3 April 2012

Bront Palarae - Google Blog Search

Bront Palarae - Google Blog Search


- By Farah Mn -: Special Entry; <b>Bront Palarae</b>

Posted: 01 Jan 2012 12:45 PM PST


Hye readers. (Kalau ada) Hahaha,
Actually, I'm not in the good mood but tak nak layan kan sangat the not so good mood tu, maka, terciptalah entry ini.

Special Entry ok. Edisi Bront Palarae. ^^

Kenapa? Why must Him? Why Not aaron aziz?
Ok. Tak dinafikan, Aaron Aziz jejaka pujaan malaya. But, entah. hehehe, I prefer BP. :p
(Gedik)

First time tengok dia dalam cerita Cinta Tsunami. Masa tu dia jadi orang siam. And started from that, i thought that he's really siamese. Hahahahaha, But actually he's not.

His real name is Nasrul Suhaimin. Ok. What a beautiful name there. (Again; gedik)

Ok Ok Ok. Abaikan gedik itu.

Then, apa yang membuatkan dia ini di gilai oleh saya adalah, since dia berlakon dalam SINDARELA. Dia jadi Husin. Sharifah Amani jadi Zoela. Abaikan Zoela. Let's talk about husin.
Seriously lah, tengok cerita tu terbang habis Ok. I Love Husin! Hahahaha, Yeah. Cerita tu dah lama. But jalan cerita best! Lagu BERTAMBAH2 lah best kan. Lagu WARKAH tu tak payah cakap la. Sekarang dengar pun boleh nangis.

Ok. Ok. Disebabkan seorang pelajar dari dulu sampai sekarang, so dah tak ikut sangat dah cerita apa yang dia berlakon. Tiba2 dah tenggelam sekejap. Dah tak amik tau dah sekejap. But, bila tau BP ada dalam cerita tu, terus tengok. Tak kisah la apa2 pun. And yang terbaru, sure lah OMBAK RINDU kan. Hehehe, dengan Aaron Aziz pulak tu. Memang double ohsem lah di situ.

Ok Lah.

Saja je nak merepek kejap. Stress dengan study. Membebel pasal BP pulak. Actually, lepas ternampak dia secara depan2, terus melting sampai sekarang. Bhahahahaha!
(Gedik)

Ok. Malas nak sedih2 sebab tengah sedih sekarang ni. That's why lah timbul idea nak membebel pasal ni. Penat la sedih2. :((

Ok ok. dah penat. Nak study pun dah penat.

Selamat Pagi, saya nak tidur.

Nak Mimpi BP bagi bunga. Sebab, before ni mimpi orang lain bagi bunga, tapi sekarang tengah sedih. daam mimpi je happy. Erk, ok. Shut up farah! Syhhhh. Ini Blog awam, bukan diary penceritaan kisah sedih ataupun meraih simpati.

PEOPLE WILL NEVER KNOW THINGS INSIDE, until you tell them. Kan. As Long i'm happy depan dorang, ok lah tu kan. Sedih2 dalam hati tu normal.

Hahahahaha. Oko. Selamat Malam. Bye. Bye BP.

(SayaTakSukaLelakiJambu. Kalau nak ketawakan saya sebab saya minat BP, silakan. =.=")

“<b>Bront Palarae</b>” Muncul Dari Satu Insiden | N9 Kini - Portal Berita <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2011 08:20 PM PST

BUKAN orang baru, Bront Palarae sebenarnya sudah lapan tahun berada dalam dunia seni tempatan. Tetapi dalam tempoh itu, namanya tidaklah begitu memuncak berbanding segelintir artis-artis lelaki lain.

Bagaimanapun dalam tempoh mencari tapak dalam dunia lakonan tempatan, tahun 2010 benar-benar memberi nafas baru terhadap perjalanan kerjaya seninya apabila Bront dapat melonjakkan namanya dengan sekelip mata.

Semuanya bermula selepas kejayaan anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini meraih anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Belukar pada Festival Filem Malaysia (FFM23) dan Anugerah Skrin 2010 (ASK2010).

Pelakon ini seperti memiliki aura yang tersendiri apabila berdepan dengan umum. Namun, apa istimewanya Bront Palarae? Kehebatannya berlakon, memiliki nama yang pelik atau mungkin kerana rupa parasnya?

Mingguan mStar mendekati lelaki yang mempunyai satu karisma yang unik untuk dikongsi.

Lebih-lebih lagi dengan memiliki nama yang janggal didengar, ramai mempersoalkan bagaimana pelakon berusia 33 tahun ini memperoleh nama tersebut. Pelik bukan?

"Saya tahu, orang selalu tanya nama itu datang dari mana, kerana nak ikutkan nama sebenar saya adalah Nasrul Suhaimin Saifuddin.

"Tapi sebenarnya, Palarae adalah nama keluarga saya. Nama itu sering digunakan kami. Nama Bront pula diberikan oleh kawan-kawan sekolah. Sejarah nama itu tercipta apabila emak saya memanggil saya dengan satu gelaran. Saya kena rahsiakan gelaran itu… malu…

"Kawan-kawan sekolah pula tersalah dengar. Mereka seakan-akan mendengar emak saya menyebut "Bront". Jadi gara-gara "insiden" itulah terus terlekat nama Bront sehingga hari ini.

"Tapi saya juga ada panggilan lain di rumah dan nama itu agak manja. Bagaimanapun saya enggan beritahu apakah nama itu. Saya enggan mendedahkan terlalu banyak perkara tentang diri dan kehidupan saya.

"Lagipun pelakon Hollywood, Johnny Depp juga disukai orang ramai, tetapi mereka tidak tahu mengenainya secara lebih terperinci. Saya selesa cara begitu," katanya tersenyum.

Tambah Bront, dia lebih suka peminat mengenalinya menerusi kerja-kerja seninya dan bukannya kisah peribadi.

Terlibat dengan filem indie

Menyifatkan pengiktirafan yang diterima sebagai satu permulaan, Bront yang berdarah Melayu-Pakistan sebelah ibu dan Siam-Cina sebelah bapa, merasakan kehidupannya sebagai seorang pelakon masih lagi berjalan seperti biasa.

"Apa yang saya dapat hari ini adalah satu bonus buat saya untuk memajukan diri. Bagaimanapun, untuk berjaya, saya tidak boleh melakukannya seorang diri.

"Tanpa kerjasama seluruh tenaga produksi, impak sesebuah karya filem kepada penonton pastinya kurang," tegasnya yang bakal menerbitkan sebuah filem berjudul, Tiga Rasa di bawah syarikat penerbitannya, Otto Films.

Bagaimanapun, kata Bront, terdapat sedikit perubahan yang dirasakan apabila orang di sekelilingnya mula memberi perhatian lebih ketika di set penggambaran.

"Walaupun begitu, tawaran filem yang diterima masih lagi sama dan bayaran lakonan juga tidak meningkat. Sekarang ini saya kembali kepada projek-projek indie di mana salah satu filem yang akan saya sertai adalah filem Jalan Pintas, arahan Namron.

"Bagi saya, tak salah jika menyokong mana-mana filem indie yang memerlukan saya berlakon dan skripnya menarik bagi sudut pandangan saya. Pelakon James Farey juga masih berlakon dalam filem-filem indie walaupun memiliki nama yang besar," tuturnya.

Apa yang diinginkan Bront bukanlah nilai komersial yang terdapat pada sesebuah filem sebaliknya dia gemar menerima watak yang mendatangkan risiko dan cabaran buat dirinya.

"Selain skrip yang bagus, saya gemar menerima watak yang pelik dan tidak sama seperti karakter saya yang sebenar.

"Selepas Belukar, anda akan terkejut melihat watak saya sebagai Pinto dalam filem Bara Jiwa, arahan Osman Ali yang ternyata berbeza dan pelik," katanya.

Dalam pada itu, Bront baru saja tamat penggambaran filem terbitan sebuah produksi Hong Kong iaitu Quatro Hong Kong 2 di negara itu.

Menariknya, filem tersebut membabitkan empat pengarah berbeza iaitu dari Thailand, Filipina, Hong Kong dan Malaysia.

Tiada inspirasi

Setiap pelakon pastinya mempunyai idola atau inspirasi masing-masing dalam menjayakan watak yang diberikan.

Lain pula bagi Bront, tiada inspirasi dalam kamus hidupnya. Baginya, dia hanya memainkan watak mengikut skrip dan melakonkan watak tersebut sebaik yang mungkin.

"Mungkin saya tertarik dan kagum dengan beberapa pelakon kerana cara pemilihan kerja yang mereka buat seperti Christian Bale, Johnny Depp dan Shawn Hann. Kiranya mereka yang membuat keputusan dalam setiap tawaran kerja yang diberi.

"Bagi saya 'jangan bermain dengan peraturan orang, tetapi mainlah dengan peraturan sendiri'. Justeru itu, saya tiada inspirasi sebagai rujukan dalam bidang lakonan.

"Saya berlakon mengikut apa yang ditulis dalam skrip. Sebab itu saya memerlukan skrip yang bagus," tegasnya.

Kata-kata itu mungkin dianggap agak keras yang menampakkan sisi tegas Bront dalam karier seninya.

Namun, kata Bront, ia adalah prinsip hidup yang digunakannya sepanjang lapan tahun dalam industri seni.

Selain itu, selepas apa yang dimiliki hari ini, Bront masih lagi ingin menaiki tangga kejayaan dengan menjadi seorang pelakon yang benar-benar berbakat dan mampu membawa pelbagai watak.

Mengakui dia agak sukar mencapai impian yang diinginkan, bagi pandangan Bront, perjalanan karier seorang pelakon merupakan satu misteri di mana rezeki dan tuah boleh datang secara mengejut.

"Susah bila kita bercakap mengenai tuah dan kejayaan. Bagi saya, hidup ini penuh dengan misteri.

"Apa yang kita boleh lakukan ialah berusaha sehingga kejayaan itu tiba dan bekerja keras lagi untuk menjadi yang terbaik," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan