Nuffnang

Selasa, 3 April 2012

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


<b>Nur Fathia</b> merayu - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 09:35 PM PDT

Mohon kerjasama produksi diberi pelepasan sertai jelajah promosi ABPBH2011

PELAKON jelita ini duduk di hadapan penulis seperti pesalah yang sedang menanti untuk dibicarakan. Perasaannya bercampur baur. Hanya wajahnya saja yang menterjemahkan betapa gementar dan takutnya Nur Fathia Abd Latiff saat berhadapan dengan situasi itu.Peristiwa terlepas penerbangan untuk sewaktu menghadiri sesi jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Kuching, Sarawak dua minggu lalu benar-benar mencalarkan reputasinya.Walaupun berjaya menaiki penerbangan berikutnya dan tiba sebelum acara dimulakan, namun ia tetap menjadi bualan media yang turut serta dalam rombongan ini dengan memberi gambaran dia seolah-olah sebagai pelakon tidak berdisiplin.

Akibatnya, ketika acara promosi itu dijalankan, pelajar jurusan undang-undang ini terus menjadi tumpuan wartawan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

Enggan memanjangkan hal itu dan dengan penuh rasa rendah diri, pelakon filem Hijab ini memohon maaf secara terbuka kepada penganjur atas kesilapannya itu.

"Saya akui perkara ini memang silap saya. Saya yang terlewat bangun. Tapi itu bukan disengajakan kerana malam sebelumnya saya terbabit dengan penggambaran drama Mahabbah. Habis penggambaran kira-kira pukul 2 pagi dan hanya selepas jam 4 pagi baru saya terlelap.
"Terus terang, saya memang rasa bimbang yang teramat apabila mendapat tahu saya terlepas kapal terbang. Tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan penganjur dan juga rakan lain yang turut serta dalam rombongan itu.

"Namun saya usahakan juga untuk mendapatkan penerbangan berikutnya ke Kuching. Apa yang penting, saya dapat hadir dalam siri promosi itu dan juga bertemu dengan peminat yang menantikan kehadiran saya," kata gadis berusia 24 tahun ini.

Apabila perkara ini terjadi, secara tidak langsung ia mengingatkan kepada dakwaan Fathia sebagai artis yang tidak berdisiplin. Saat diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Fathia menafikan perkara itu.

"Perkara ini bukanlah sesuatu yang disengajakan kerana baru pertama kali berdepan dengan keadaan seperti ini. Seboleh mungkin, memang tidak mahu menyusahkan sesiapa," tuturnya mengharap pengertian.

Sebelum ini pernah juga terdengar yang Fathia sangat keberatan untuk menghadiri sesi promosi membabitkan ABPBH2011 yang menyenaraikannya sebagai finalis kategori Artis Baru Wanita Popular. Adakah kejadian itu sebagai satu bukti bahawa Fathia tidak sepenuh hati untuk menyertai acara promosi yang diadakan khusus untuk mendekatkan diri mereka dengan peminat itu.

"Bukan saya tidak berminat untuk menyertai acara itu, tapi saya memang terikat dengan jadual penggambaran yang sangat ketat. Drama bersiri ini akan disiarkan secepat mungkin dan produksi perlu menyiapkannya dengan kadar segera. Disebabkan itulah saya amat sukar untuk meminta cuti ataupun menangguhkan penggambaran.

"Ini pun saya terpaksa memujuk pihak produksi untuk memberi pelepasan. Memang saya berniat untuk mengikut siri promosi ini di Pasir Gudang. Bagaimanapun, saya cuba untuk menyesuaikan jadual dan meminta jasa baik pihak produksi untuk melepaskan saya.

Saya akui, siri promosi ini memang penting. Bukanlah mengharapkan kemenangan tetapi kerana saya mahu mendekati peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya saya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan