Nuffnang

Selasa, 3 April 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Tidak Tertekan Dengan Setiausaha

Posted: 01 Mar 2012 06:19 PM PST

KUALA LUMPUR – Penyanyi Raja Pop tanah air, Jamal Abdillah tidak berasa tertekan biarpun banyak menerima tawaran mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha yang akan diadakannya di beberapa tempat pada sepanjang April ini.

Menurut Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidullah, dia sudah biasa dengan kekerapan mengadakan persembahan termasuklah Minggu Setiausaha dan akan sentiasa berusaha mengatasi tekanan itu antaranya dengan menjadikan menyanyi sebagai suatu keseronokan.

"Anda sebagai wartawan juga mesti mempunyai tekanan yang tersendiri untuk mendapatkan berita. Begitu juga dengan saya sebagai penyanyi tetapi bagi saya ia bukan tekanan kerana menyanyi adalah suatu keseronokan. Pada masa sama, saya mahu menghiburkan penonton.

"Saya sudah biasa dengan tekanan seperti itu tetapi saya beruntung kerana saya seorang yang suka menyanyi perkara itu yang menghilangkan tekanan saya sewaktu di atas pentas," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Pada majlis yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah H. Jaafar, Jamal akan menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di situ pada 3 April ini dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang bersama pengacara Dee, Isma AF dan Alif.

Jelas penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak ini menerima banyak tawaran mengadakan persembahan Minggu Setiausaha April ini di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selain persembahan sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa selepas itu.

"Selain menyanyi mengelakkan tekanan sewaktu di atas pentas, saya juga suka melakukan kelainan pada setiap persembahan saya agar ia tidak membosankan. Contohnya, kalau Minggu Setiausaha saya akan membuai para setiausaha dengan lagu-lagu cinta.

"Untuk persembahan Minggu Setiausaha di PWTC ini saya akan menyanyikan beberapa lagu Inggeris seperti lagu Hurt yang dipopularkan oleh kumpulan The Commodores serta beberapa lagu daripada Elvis Presley dan Billy John," ujarnya lagi.

Persembahan Jamal itu mengenakan tiket melalui penjualan meja berharga RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 di mana sebanyak 100 meja yang mampu memuatkan seramai 1,000 tetamu dijangka akan memeriahkan lagi persembahan itu. Sebarang maklumat sila hubungi talian 03-26146701. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan