Nuffnang

Selasa, 3 April 2012

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


<b>Iqram Dinzly</b> Dibenci Kerana Kamal

Posted: 13 Mar 2012 11:46 AM PDT

[Image: thumbnail.php?file=GUA%2FIqram_Dinzly_Tu...;amp;h=351]

Peluang bertemu pelakon Iqram Dinzly sewaktu sesi StarChat sempena episod akhir drama bersiri Vanila Coklat tidak dilepaskan oleh GUA. Lebih-lebih lagi drama yang disiarkan di TV3 itu menjadi sebutan ramai dan pastinya peminat drama itu mahu mengetahui cerita terbaru mengenai pemegang watak Kamal, Iqram Dinzly.

Tidak pernah menyangka drama Vanila Coklat akan diterima dan menjadi fenomena, Iqram menyifatkan kerja berpasukan merupakan kunci utama kejayaan drama tersebut.

"Pasukan kerja Vanila Coklat bekerja secara berpasukan. Memang kami sendiri tidak menyangka fenomena ini akan berlaku. Kami sendiri menerima kerja ini agak last minute dan banyak sandiwara berlaku sewaktu penggambaran. Alhamdulillah kami dapat menyelesaikannya satu-persatu. Secara tidak langsung chemistry di antara pelakon terbina," ulas Iqram.

"Setiap minggu drama ini menjadi trending topic di Twitter. Memang tidak sangka. Lebih-lebih lagi saya merupakan pelakon utama yang paling berusia. Terasa impaknya bila watak Kamal itu dibenci oleh para penonton." tambahnya lagi yang berharap peminat dapat membezakan watak luarannya dengan Kamal.

Sebagai pelakon yang cukup berpengalaman, baik di skrin televisyen mahu pun layar perak, terpanggil untuknya mengulas populariti yang dikecap oleh salah seorang pelakon muda, Aiman Hakim Redza yang juga merupakan bekas peserta Mentor 5.

"Saya sudah rasa aura Vanila Coklat yang akan dikecapi Aiman. Saya tidak pernah memandang rendah kepadanya, lebih-lebih lagi dia seorang yang baru pertama kali berlakon. Memang Aiman tidak tahu apa-apa. Dia seorang yang agak pemalu dan teragak-agak di set tetapi apabila ditunjuk-ajar oleh pelakon-pelakon lama, Aiman mula membiasakan dirinya," terang Iqram panjang lebar mengenai pengalamannya berlakon bersama Aiman Hakim Redza.

"Mula-mula kami ingatkan dia seorang yang sombong tetapi dia seorang yang fast-learner. Bila di episod kedua dan ketiga, Aiman sudah pun mendapat rentak itu. Saya pernah katakan kepadanya, untuk berjaya dalam bidang ini kita kena rajin bertanya. Jangan malu untuk bertanya untuk korek pengalaman mereka." nasihat Iqram kepada Aiman.

Iqram bakal membintangi drama bersiri seram yang berjudul Amukan Pocong yang bakal disiarkan di TV3 tidak lama lagi. Selain itu, Iqram bakal bergandingan bersama pelakon Deanna Yusof dalam sebuah drama bersiri Cendana yang akan disiarkan di Astro PRIMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan