6ixth Sense - Google Blog Search |
- <b>6ixth Sense</b> – Tentang Kita… | Pencinta Merah The Red Lover The <b>...</b>
- Dakwah <b>6ixth Sense</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan
- Ariel (Noah), <b>6ixth Sense</b>, The Malayan & GAC Bakal Gegarkan <b>...</b>
<b>6ixth Sense</b> – Tentang Kita… | Pencinta Merah The Red Lover The <b>...</b> Posted: 13 Aug 2012 04:00 PM PDT Last week 6ixth Sense telah melancarkan album terbaru diorang yang bertajuk Tentang Kita. Menurut Adi, vokalist kumpulan 6ixth Sense, album baru ni ni lebih menjurus kepada nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian, termasuklah tema ketuhanan, kasih sayang terhadap ibu bapa, kedamaian dan sebagainya. Antara tajuk lagu dalam album ini ialah Penerang Hati(duet bersama Saujana) Ayah dan Ibu Damai Yang Hilang Rasulullah Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta.So kepada peminat-peminat 6ixth Sense, jangan lupa dapatkan album baru diorang ni. dan semua photos di dalam entry ini adalah hak credit LAWA Photography. Memang lelawa |
Dakwah <b>6ixth Sense</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Posted: 13 Aug 2012 07:16 PM PDT Tak gentar hilang peminat dengan album baru berkonsep kerohanian Tidak takut kehilangan peminat kerana perubahan genre muzik yang menjurus kepada nilai kemanusiaan dan kerohanian, kumpulan 6ixth Sense yakin langkah berani mereka itu mampu menarik perhatian pendengar baru. Selepas tiga single dalam album terbaru iaitu Penerang Hati duet bersama Saujana, Cintaku Padamu Seluas Angkasa dan Altar Cinta diedarkan, kumpulan yang ditunjangi Adi sebagai vokalis, Gjie (gitar utama), Wan (dram), Athan (gitar kedua) dan Ayoy (bes), mengakui menarik perhatian lebih ramai pendengar terutama peminat nasyid.
Menemui kumpulan yang popular dengan lagu Khatimah Cinta ini pada majlis pelancaran album terbaru Tentang Kita di Restoran Tumis, Solaris Dutamas, mereka sepakat memilih arah ini untuk sama-sama menyebarkan dakwah secara santai. Album paling sukar diterbitkan "Kami tahu, kami bukanlah baik sangat seperti alim ulama kerana apa yang kami sampaikan melalui album ini pun secara santai saja. "Kami pun takut untuk mencipta lagu dan lirik yang berunsur Islamik. Tapi apa salahnya kami mencuba sesuatu yang berbeza berikutan keadaan pun sudah mengizinkan," katanya. Adi berkata, dari dulu lagi, 6ixth Sense pernah menyampaikan lagu kerohanian seperti Menyesal, Cinta Matiku dan Cinta Yang Sempurna cuma mesejnya tidak terlalu serius. "Album ini sebenarnya tidak serius kerana kami hanya menyampaikan yang asas saja seperti cinta kepada tuhan, nabi dan ibu bapa," katanya. Adi berkata, album itu mengambil masa tiga bulan saja untuk siap dengan proses pembikinan bermula September tahun lalu. "Kami akui album ini adalah yang paling sukar untuk dihasilkan kerana takut berlebihan. Kami juga tidak biasa dengan genre begini mujur kami mendapat bantuan dari kumpulan nasyid seperti Saujana," katanya. Mahu terbit banyak album kerohanian Album Tentang Kita adalah adalah simbolik kisah hidup manusia yang mencari keredaan Tuhan. Tidak kira sama ada manusia itu berada dalam kesusahan atau dalam lambakan nikmat Tuhan. Ia juga menunjukkan keterbukaan kumpulan ini dalam perjuangan menegakkan syiar Islam melalui lagu berunsur nasihat dan panduan berguna. Malah penyertaan Saujana dalam album ini menyemarakkan lagi nilai kerohanian album berkenaan. Memuatkan tiga lagu lain iaitu Ayah dan Ibu, Damai Yang Hilang dan Rasulullah, susunan muzik yang direncana sendiri oleh anggota 6ixth Sense ini pastinya mengekalkan keunikan mereka. Antara lagu yang turut terbabit dalam album ini adalah lagu yang diberi nafas baru yang pernah dipopularkan oleh kumpulan nasyid tempatan iaitu Nowseeheart dan Hijjaz. Sementara itu, dengan kejayaan album ini, 6ixth Sense menyimpan hasrat untuk menghasilkan album kerohanian yang lebih serius lagi selepas ini. Tidak mahu hanya menyampaikan lagu pop, mereka mahu pelbagai genre dapat didengari peminat dari genre dangdut hinggalah reggae. Info 6ixth Sense |
Ariel (Noah), <b>6ixth Sense</b>, The Malayan & GAC Bakal Gegarkan <b>...</b> Posted: 04 Sep 2012 06:52 PM PDT Pasti ramai yang merindui suara lunak Ariel Peterpan yang kini muncul bersama kumpulan Noah. Selepas keluar daripada penjara, Ariel akan muncul di Malaysia di dalam konsert Tentang Bahtera di KL Live pada 16 September ini. Selain Ariel, konsert ini akan turut dimeriahkan oleh The Malayan, 6ixth Sense serta Gamaliel Audrey Cantika (GAC). Confirm best punya. Ternyata penganjuran konsert seperti mengembalikan kegemilangan kerjasama artis Malaysia-Indonesia yang terjalin sejak era 1970-an, mengeratkan aliran muzik Melayu yang dapat menghiburkan peminat yang selama ini menjadi tulang belakang penggiat seni tanah air. Tiket konsert yang dianjurkan Livescape dan mendapat kerjasama daripada Universal Music, Celcom, Sinar Harian dan Media Hiburan ini boleh dibeli melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman). Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan tiket konsert hari ini juga untuk mendapat peluang mendengar kumpulan-kumpulan hebat ini beraksi secara live pada 16 September nanti. P.S: Pergh ~~ Memang crazy sale sungguh. Harga asal RM69 tapi kini dijual dengan harga serendah RM29. Cun-cun pulak tue tudungnya. Memang ini peluang anda untuk pergi open house dengan tudung baru. Dapatkannya sekarang jugak hanya di Gudang.My. Klik sini untuk membeli. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from 6ixth Sense - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan