Atilia - Google Blog Search |
- Konsert Pertama <b>Atilia</b> dan Salamiah Hassan
- Detik Istimewa Salamiah Hassan, <b>Atilia</b>
- Silly Little Thing by SORE (Feat. <b>Atilia</b> Haron) | Pating Greges™
Konsert Pertama <b>Atilia</b> dan Salamiah Hassan Posted: 03 Sep 2012 05:00 AM PDT berita | Tempatan Teks oleh Haswari Ali KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2012: Pada hakikatnya, kedua-dua anak beranak ini sudah sekian lama bergelumang dalam dunia nyanyian. Begitu juga kekerapan mereka digandingkan bersama dalam setiap persembahan pentas. Namun, siapa sangka, bagi mengenangkan susah payah golongan ibu tunggal dalam mengharungi liku-liku hidup telah menyantukan Atilia dan Salamiah Hassan untuk bergabung tenaga dalam sebuah konsert amal yang akan diadakan Isnin ini. Konsert yang dinamakan Be Strong Charity Concert anjuran produk penjagaan kesihatan berasaskan herba, Himalaya itu bakal berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya dengan dihadiri lebih 400 tetamu termasuk golongan ibu tunggal. Bercakap dalam sidang media semalam, Atilia yang cukup popular dengan lagu berirama Jazz berkata, konsert berkenaan bukan saja berjaya menyatukan dirinya bersama ibunya dalam sebuah konsert malahan juga hadiah tak terhingga buat semua ibu tunggal di luar sana. "Pastinya ramai masyarakat kita hari ini yang mempunyai kakak, adik, ibu saudara ataupun ibu yang bergelar ibu tunggal. Mungkin ramai yang menganggap ianya sebagai senario biasa tetapi tahukan mereka penderitaan yang mereka alami untuk terus hidup? "Contohnya saya yang dibesarkan oleh ibu (Salamiah Hassan) yang bergelar ibu tunggal sejak saya berusia 12 tahun. Ia bukanlah perkara yang mudah. "Begitu banyak cabaran yang kami hadapi terutama sekali berhadapan dengan pandangan masyarakat akan gelaran ibu tunggal itu sendiri, apatah lagi ibu saya seorang penyanyi sibuk membuat persembahan di luar. "Perkara seperti inilah yang ramai masyarakat di luar sana tidak faham. Kesusahan mereka untuk hidup dan berdiri di atas kaki sendiri bagi membesarkan anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup," katanya mengenangkan kembali perit jerih ibunya bergelar ibu tunggal. Tambah Atilia, mesej seperti itu yangakan disampaikan dalam konsert lebih satu jam berkenaan dengan dibantu dengan tayangan video serta dendangan lagu terbaik miliknya bagi menghiburkan tetamu yang hadir pada malam berkenaan. Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Sangkar itu, dia amat berbesar hati apabila pihak Himalaya tampil untuk menganjurkan konsert berkenaan bersama ibunya, meskipun tidak akan ada satu sen bayaran akan mereka terima pada malam itu. Ini kerana kesemua dana dan kutipan daripada jualan tiket konsert berkenaan akan disalurkan kepada Persatuan Ibu Tunggal Mas Merah yang ditubuhkan sejak 1994 bagi membantu hampir 1,000 ibu tunggal seluruh ibu kota. Sementara itu Salamiah Hassan berkata, sebagai ibu tunggal dia sangat memahami keperitan hidup yang mereka alami, walaupun pada zahirnya tidak terlalu ketara. "Ini adalah peluang keemasan buat saya menyampaikan mesej kepada semua ibu tunggal dan sebagai penyanyi kami tidak pernah berkira soal bayaran atau wang ringgit terutama apabila menyentuh soal amal. "Saya percaya ini adalah masa yang terbaik untuk saya dan Atilia bergandingan bahu dalam sebuah konsert amal seperti ini. Mana athu selepas ini akan ada beberapa lagi gandingan yang akan kami lalukan bersama. InsyaAllah," katanya. Salamiah Hassan bakal membawakan beberapa lagu popularnya dan tidak ketinggalan lagu Melayu klasik dan asli seperti Bintang Malam, Boleh Dilihat Dipegang Jangan serta Patah Hati yang akan bakal menghiburkan tetamu pada malam berkenaan. Persembahan mereka berdua akan diiringi pemuzik live band termasuk petikan piano daripada abang Salamiah Hassan sendiri, Ahmad Shafiq dan diacarakan oleh penyampai radio Capital FM, Kam Poh Poh. Bakal menyerikan acara ialah persembahan 'DJ Spinning' daripada Daphne Iking dan tidak ketinggalan kemunculan para selebriti yang menjayakan kempen Be Strong seperti Deanna Yusoff, Yasmin Yusoff, Linora Low, Serena C, Chelsia Ng dan Selina Yeop Jr. |
Detik Istimewa Salamiah Hassan, <b>Atilia</b> Posted: 04 Sep 2012 05:00 AM PDT muzik | Pentas Teks oleh Haswari Ali KUALA LUMPUR, 4 SEPTEMBER 2012: Seperti yang dijanjikan, Konsert Amal We Care- Be Strong telah berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya malam semalam bagi membantu serta menghargai golongan ibu tunggal di negara ini. Malah apa yang lebih utama, konsert anjuran produk penjagaan kesihatan, Himalaya itu telah memberi makna cukup mendalam buat penyanyi anak-beranak, Salamiah Hassan dan Atilia Haron kerana pertama kali digandingkan bersama di atas pentas persembahan berskala besar. Kepada peminat setia Salamiah Hassan, inilah peluangnya untuk melihat kredibiliti serta keupayaan penyanyi berusia 61 tahun berkenaan menyanyi yang nyata masih hebat dan mempu berdiri sama tinggi dengan anaknya itu. Jika Atilia tampil hebat dengan 10 senarai lagu seperti Ranjau, Indah, Kekanda Adinda dan Harus Bagaimana, Salamiah Hassan juga tidak mahu mengalah dengan 10 lagu terhebatnya seperti Menghitung Hari, Gelombang, termasuk lagu Melayu Asli, Patah Hati dan Surat Terakhir. Atilia berkata konsert berkenaan merupakan detik paling bermakna lagi istimewa dalam hidupnya kerana dapat merealisasikan impiannya untuk bergandingan bersama ibu tersayang dihadapan hampir 400 penonton. "Memang inilah salah satu impian dalam hidup saya iaitu beraksi bersama Mama (nama panggilan buat ibunya) yang selama ini telah menjadi sumber inspirasi dalam hidup saya dari awal sehingga hari bergelar penyanyi. "Maklum sajalah dalam usianya yang semakin meningkat, kita tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi. Jadi, selagi dia masih sihat dan mampu menyanyi, saya teringin sangat berduet bersamanya dan Alhamdulillah nampaknya cita-cita saya itu terlaksana. "InsyaAllah selepas ini, kami akan bergandingan pula dalam sebuah lagu baru yang dicipta khusus buat kami berdua," katanya yang tidak sabar melihat rakaman video sepanjang berlangsungnya konsert amal berkenaan. Paduan suara Atilia dan Salamiah Hassan menyerikan dewan ballroom hotel dengan dua lagu iaitu Wanita dan Music yang sering menjadi siulan anak-beranak itu di mana saja mereka berada. Pemilihan lagu Wanita bertepatan sekali dengan acara pada malam berkenaan bagi meraikan golongan ibu tunggal, manakala Music sebagai sumber impirasi buat mereka berdua yang sama-sama bergelumang dalam dunia nyanyian. Meskipun ianya bukanlah konsert besar-besaran seperti di dalam stadium atau panggung gah, namun tambah Atilia masih terselit perasaan bangga dan syukur kerana dapat menghiburkan tetamu yang datang dengan seleksi lagu terbaik mereka. "Walaupun tidak ada logo yang besar atau menggunakan pendekatan seperti pemberian cek sumbangan di atas pentas, tapi saya percaya mesej kami dalam membantu golongan ibu tunggal dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesusahan golongan ini, tercapai. "Apa yang pasti, sama ada saya dan Mama, kami masing-masing telah melakukan yang terbaik dan membuatkan tetamu terhibur. "Saya juga berpuas hati, mereka yang datang pada malam itu telah membeli tiket masing-masing. Di mana hasilnnya akan disumbangkan bagi tujuan amal. Itu yang membuatkan saya dan Mama sangat berpuas hati," jelasnya. Turut mengambil bahagian, abang kepada Salamiah Hassan iaitu Ahmad Sharif yang memimpini sepanjang persembahan dengan petikan piano indah lagi mempersona. Konsert amal berkenaan turut diserikan dengan kemunculan Datuk Yusni Hamid, produser sensasi Raja Azmi dan tidak ketinggalan barisan selebriti yang mengambil bahagian antaranya, Yasmin Hani, Daphne Iking, Linora dan Yasmin Yusoff. |
Silly Little Thing by SORE (Feat. <b>Atilia</b> Haron) | Pating Greges™ Posted: 07 Sep 2012 05:52 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Raining out on Sunday A lazy funny calm day. Laying down on some fun times as well. You slowly come to my sense. Our time has come to be friends. The sun is sliding up for some love dance. You are so fine (Just like) ... |
You are subscribed to email updates from Atilia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan