Nuffnang

Isnin, 10 September 2012

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


Album <b>Bunkface</b> Tampilkan Kelainan Dengan Sistem Interaktif AR <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2012 10:52 PM PDT

Pada 17 Julai 2012 yang lalu, telah berlangsungnya pelancaran album kedua Bunkface yang berjudul "Bunk Not Dead." Majlis pelancaran ini telah berlangsung di sebuah lorong di Wheel Love, SS15 Subang Jaya berhampiran dengan Studio Bunkface Rock Station.

Di dalam album ini, ia telah memuatkan sebanyak 13 buah lagu, dimana 5 buah lagu untuk versi Bahasa Melayu dan 8 buah lagu versi Bahasa Inggeris. Single pertama album ini adalah lagu Panik, di mana proses rakamannya telah dijalankan sepenuhnya di Jakarta, Indonesia.

Semalam, bertempat di bangunan THK, Petaling Jaya, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian antara pihak Bunkface dan Warner Muzik Malaysia. Perjanjian ini merupakan perlantikan pihak Warner Muzik sebagai pengedar rasmi album kedua Bunkface, yang akan bermula selepas perayaan Aidilfitri yang akan datang.

Album Bunkface pada kali ini amat berbeza dengan album-album lain, kerana ia menawarkan sistem interaktif yang dikenali sebagai AR, di mana ia pertama kali diaplikasikan dengan kod tersembunyi bagi melihat lirik lagu dan gambar-gambar menerusi aplikasi telefon pintar Android dan Apple.

Mengikut perancangan, Bunkface akan menjalankan aktiviti penjelajahan yang dikenali sebagai "University Tour" bagi mempromosikan album terbarunya ini. Menerusi penjelajahan ini, pihak Bunkface akan kunjungi beberapa Universiti yang terdapat di semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Penjelajahan ini dijangkakan akan berlangsung pada bulan Oktober, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Untuk pengetahuan, album ini telah diterbitkan sendiri oleh pihak syarikat Bunkface Production Sdn Bhd.

Kredit Foto : 1 in 1 m

BERITA ARTIS - Beraya Sederhana Pilihan <b>Bunkface</b> - Gua.com.my

Posted: 21 Aug 2012 09:00 AM PDT

Apabila umat Islam seluruh Malaysia teruja dengan ketibaan Syawal, kumpulan Bunkface pula memilih untuk menyambut lebaran secara sederhana.

Menurut Youk, pemain bass Bunkface, Aidilfitri disambut untuk meraikan Syawal. Namun mereka juga turut bersedih kerana berakhirnya Ramadan.

"Lebih baik sekiranya kita menyambut Syawal secara sederhana kerana yang lebih penting berakhirnya Ramadan," katanya.

Tambah Youk, mereka tidak begitu teruja untuk membeli baju baru dan sebagainya kerana ingin mengelakkan pembaziran.

"Satu baju mencukupi untuk dipakai di pagi raya," katanya.

Menurut Sam pula, perkara yang lebih menggembirakan mengenai Aidilfitri apabila mereka dapat berkumpul sesama sanak saudara dan keluarga yang sudah lama tidak bersua.

"Tak selalu dapat berkumpul sesama sanak saudara. Ada saudara yang kali terakhir jumpa masih kecil, kini sudah dewasa. Itu perkara yang menyeronokkan mengenai Aidilfitri," kata Sam.

Bagi Paan, walaupun Aidilfitri disambut dengan sederhana, namun ia masih bermakna.
"Raya tetap raya tapi biar berpada-pada," katanya.

<b>Bunkface</b> - ( More chords )

Posted: 29 Aug 2012 01:23 PM PDT

  Bunkface - More  [ Tab from: http://www.guitaretab.com/b/bunkface/326452.html ]  Bm                     A  You don't have to say                            Bm  I knew that it was poison  G                                           A   Every single drop gives me the pain  Bm                     A  I'm losing out control  Bm  But I am overwhelming        G                                       A  The beating of this kick will last along  CHORUS  Bm  More,more  I want more  More,more  Em  Can't you see I'm burning in the flame       G                        F#m  I'm turning in every direction  Bm  More,more  I want more  More,more  Em  Can't you see it's fake I don't wanna say       G                         A  I'm turning in every direction  Bm  Bm           A  Let it burn inside  Bm  Force the master pease in                       G              A  A desperation right in my hand         Bm           A  The fires in my vein  Bm  A bomb is set to blow you up       G                                      A  I'm ready for the crowd to go insane  Em                                               Bm  Don't you underestimate me  Em                                                    Bm  Keep it real don't second guess me  ULANG CHORUS  G  And I think you know       Em  The reason I won't go    A  A part of me is in deceive  D  A tragedy completed  G  Where's my rock and roll    Em  I lost it long a go  A  But I'm not gonna stop until  D  We are in CONTROL!!!  Bm  More,more  I want more  More,more  I WANT MORE!!  ULANG CHORUS  Bm  More...                           
Related for More chords

Tiada ulasan:

Catat Ulasan