Farid Kamil - Google Blog Search |
Gambar Diana Danielle & <b>Farid Kamil</b> Bertunang | Sensasi Selebriti Posted: 03 Sep 2012 09:27 PM PDT Berita Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang, Diana Danielle & Farid Kahwin Setahun Lagi. Pasangan pelakon yang hangat bercinta, Diana Danielle dan Farid Kamil telah selamat mengikat tali pertunangan pada 2 September 2012, Ahad lalu di kediaman aktres itu di Damansara. Gambar: Ibu Farid Datin Sharifah Bardah Syed Abdullah menyarung cincin pertunangan ke jari manis Diana pada majlis tertutup Ahad lalu. Tahniah buat Dee & Farid, semoga korang bahagia dan cepat-cepat kahwin ya. Budiey pasti ramai peminat yang nak tengok gambar majlis pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil. Ini bukan gambar majlis tunang Diana Danielle & Farid Kamil ya, gambar ini diambil semasa Diana Danielle & Farid Kami hadir di Majlis Nikah Resepsi Lisa Surihani & Yusry KRU. Pandai betul Diana Danielle dan Farid Kamil simpan rahsia. Seingat Budiey, pernah sekali terserempak dengan pasangan ini di Suria KLCC. Masa tu, terserempak dengan Farid Kamil dalam lift. Kemudian, jumpa lagi dengan Diana & Farid masa nak makan kat Sushi King. Menurut laporan akhbar Berita Harian pada hari ini, majlis berlangsung sekitar pukul 4 petang di mana Diana menerima sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibu Farid sebagai tanda dia sudah 'diikat' oleh lelaki itu. Diana & Farid bertunang selepas menyulam cinta selama tiga tahun. Pada majlis tersebut, Diana yang anggun mengenakan baju kurung corak songket pancawarna dengan tatarias jurusolek Chot menerima tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas lima dulang. Ibu Diana, Norsiah Ramli berkata, majlis tersebut sudahpun dirancang sejak sebulan yang lalu dan bersyukur segala perancangan berjalan dengan lancar.
Tambah Norsiah, dia tiada niat mahu menyimpan rahsia kepada umum mengenai pertunangan tersebut, cuba keputusan itu dibuat atas kehendak anak dan bakal menantunya itu.
Antara hantaran yang diberi termasuklah senaskhah Al-Quran, pakaian dan kasut. Sementara itu, Norsiah memberitahu, tarikh perkahwinan Diana dan Farid masih lagi belum ditetapkan, tetapi pertunangan mereka akan diikat selama setahun sahaja. Sebelum ini Diana dan Farid dikatakan putus cinta, namun hubungan itu disambung selepas beberapa bulan. Tags: Berita Artis Bertunang, Cincin Tunang, engagement, Farid Kamil, Gambar Diana Danielle Farid Kamil Bertunang, Gambar Majlis Bertunang, gambar majlis kahwin, Gambar Rumah Diana Danielle, Gossip Diana Danielle, hantaran pertunangan, tarikh kahwin Tags: Berita Artis Bertunang, Cincin Tunang, engagement, Farid Kamil, Gambar Diana Danielle Farid Kamil Bertunang, Gambar Majlis Bertunang, gambar majlis kahwin, Gambar Rumah Diana Danielle, Gossip Diana Danielle, hantaran pertunangan, tarikh kahwinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Farid Kamil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan