awi rafael - Google Blog Search |
- <b>Awi Rafael</b> - Asalkan Aku Ok! (2012) Mediafire
- <b>Awi Rafael</b>, Hanez Suraya bersatu di hari raya - Halaman Gambar <b>...</b>
- <b>Awi Rafael</b> selesa nyanyi lagu sendiri | Sikit Info
<b>Awi Rafael</b> - Asalkan Aku Ok! (2012) Mediafire Posted: 23 Aug 2012 05:48 AM PDT Tracklisting: 1. Awi Rafael - Asalkan Aku Ok! (3:27) http://85b7af11.linkbucks.com/ Credit to : localmedia4u |
<b>Awi Rafael</b>, Hanez Suraya bersatu di hari raya - Halaman Gambar <b>...</b> Posted: 21 Aug 2012 12:26 AM PDT Tautan cinta yang terjalin antara pendatang baru, Hanez Suraya dan Awi Rafael sudah pun diketahui umum. Meskipun usia hubungan mereka dianggap masih muda, namun baik Hanez mahupun Awi, mula merasakan keserasian antara mereka semakin tercipta. Tambahan pula, kedua-duanya sudah dibawa berjumpa dengan keluarga masing-masing. Kata orang, apabila sudah melibatkan keluarga, maka hubungan yang tercipta benar-benar serius. Bersempena sambutan hari raya ini, baik Hanez dan Awi, tidak menafikan teruja dapat beraya bersama pertama kali sebagai pasangan kekasih. Tambah menarik lagi, hubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing meskipun pada awal percintaan, timbul kontroversi yang membabitkan pelantun lagu Bila Aku Jatuh Cinta ini. Justeru itu, dengan mengambil keberkatan Aidilfitri, Awi bakal berkunjung ke rumah keluarga Hanez di Kuala Pilah pada hari raya keempat. Menurut Hanez, mengikut perancangan yang dibuat oleh mereka bersama, Awi bakal datang beraya bersama keluarganya di rumah keluarga Hanez. Tidak menafikan rasa gemuruh menanti kedatangan kekasih hatinya itu, pelakon berusia 27 tahun ini berkata, pertemuan ini bakal menyaksikan buat pertama kali keluarganya bertemu dengan keluarga Awi. "Sebelum ini, keluarga kami tidak pernah bertemu. Cuma selalunya Hanez akan berkunjung ke rumah keluarga Awi ataupun Awi yang akan berkunjung ke rumah famili Hanez. "Jadi, raya kali ini kira pertemuan dua buah keluarga, namun tidaklah sampai membincangkan hal-hal lain, hanya sesi perkenalan antara mereka," katanya yang menafikan ada sebarang rombongan merisik datang ke rumahnya nanti. Rapat dengan emak Awi: Hanez Tidak kekok melihat pertemuan dua keluarga, Hanez memberitahu, dia memang rapat dan sudah biasa dengan keluarga Awi. Menurutnya, sebelum ini dia telah beberapa kali bertemu dengan emak kekasih hatinya itu. "Emak Awi rajin turun ke Kuala Lumpur melawat Awi dan ketika itu kami telah bertemu beberapa kali. Malah, kadangkala saya juga datang ke rumah mereka di Singapura. "Jadi tidak timbul rasa kekok semasa mereka datang beraya di rumah keluarga Hanez nanti. Malah, emak Awi juga melayan Hanez dengan baik dan sering menjamu Hanez makanan istimewa di Singapura jika Hanez berkunjung ke sana," katanya. Dalam pada itu, Hanez berkata, jika keluarga Awi tidak dapat datang ke rumahnya, mereka juga mempunyai perancangan lain. "Ikutkan perancangan awal, Awi akan datang ke rumah famili Hanez ataupun Awi akan mengambil Hanez dan keluarga pergi ke Singapura. "Insya-Allah Awi akan datang raya keempat yang kebetulan jatuh pada hari lahir saya," katanya sambil memuji Awi bijak mengambil hati keluarganya. Berbaju sedondon: Awi Rafael Seperti pasangan bercinta lain, pertama kali menyambut raya sebagai kekasih pastinya masing-masing menyimpan hasrat memakai baju sedondon menyambut hari raya. Tidak terkecuali menyimpan hasrat sebegitu, Awi berkata, pada mulanya mereka ada sedikit bertelagah memilih warna baju raya kerana warna kegemaran masing-masing adalah berbeza. "Awi ada cadangkan baju warna biru kepada Hanez. Semasa awal bulan puasa, Awi ada sesi penggambaran foto dan ketika itu Awi pakai baju Melayu warna emas. "Jadi Awi cadangkan kepada Hanez dua warna itu tetapi Hanez lebih suka warna oren. Awi ikut sahaja cadangan Hanez," katanya sambil memberitahu kriteria Hanez yang begitu mengambil Saat ditanya mengenai perancangan hubungan mereka, Awi berkata, masing-masing ingin menumpukan kepada karier dahulu. "Buat masa ini biarlah kami cuba mengenali hati budi masing-masing. Kami ada berbincang mengenai hal ini, Awi pun sudah katakan kepada Hanez supaya beri Awi tempoh, paling lama dua tahun untuk mengikat hubungan kami," katanya. |
<b>Awi Rafael</b> selesa nyanyi lagu sendiri | Sikit Info Posted: 03 Aug 2012 08:00 PM PDT Jika di selusuri portfolio penyanyi dan penulis lagu, Awi Rafael, pasti ramai yang perasan bahawa jejaka ini sering menyanyikan lagu ciptaannya sendiri. Mengambil dua single popularnya, Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta, jejaka yang mesra disapa Awi ini mengakui lebih selesa menyanyikan hasil ciptaannya agar penyampaian lagu tersebut dapat dirasai oleh peminat. Percaya kepada bakat yang dianugerahkan, anak muda berusia 26 tahun ini mahu peminat mengetahui tanda dagang pada setiap karya yang dihasilkan sebelum membawakan lagu daripada komposer lain. "Sebagai penyanyi baru yang ingin mencipta nama, saya mahukan setiap lagu yang saya bawakan dapat disedari oleh peminat. "Tambahan pula, sebagai penulis lagu, semestinya saya mahukan karya saya dikenali walaupun bukan saya yang menyanyikan lagu itu. Dengan hanya mendengar muzik dan lagu, saya mahu peminat dapat mengenali inilah hasil ciptaan Awi Rafael," katanya yang ditemui semasa majlis Iftar Astro Shaw dan Tayangan Unggul di Hotel One World, Petaling Jaya, baru-baru ini. Bagaimanapun, menurut graduan jurusan Undang-undang dan Psikologi ini, dia tidak menolak sekiranya ditawarkan untuk menyanyikan lagu daripada komposer lain, namun akan melihat dahulu hasil karya tersebut. Mengakui cerewet dalam memilih lagu, Awi ingin memberikan hasil yang terbaik kepada peminat termasuk untuk kepuasan dirinya sendiri. "Namun, jika ada lagu lain yang berkualiti, saya tidak akan menolak kerana sebagai penulis lagu semestinya saya sentiasa mencari lagu yang berkualiti dan sesuai dengan jiwa saya," katanya yang kini sibuk menghasilkan lagu untuk penyanyi lain. Menurut Awi, melihat sambutan peminat terhadap dua single popularnya itu, ramai penyanyi lain yang menyatakan minat untuk mendapatkan hasil ciptaannya. "Alhamdulillah, kebelakangan ini saya menerima tawaran daripada rakan-rakan artis lain untuk mencipta lagu memandangkan banyak respons positif daripada mereka yang menyukai konsep lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta. "Selain mencipta lagu untuk mereka, saya juga meluangkan masa menulis beberapa lagu bagi simpanan saya sendiri," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Awi bakal muncul dengan album terbarunya yang dijangka dilancarkan selepas raya ini. Menampilkan konsep muzik catchy dan balada, penyanyi yang mendapat persekolahan di Singapura ini berkata, albumnya itu bakal memuatkan sembilan lagu termasuk sebuah lagu yang dicipta buat kekasihnya, Hanez Suraya berjudul Hari-hariku. Katanya, album kali ini menampilkan kerjasamanya dengan pemain muzik seperti Taja daripada kumpulan Meet Uncle Hussain dan Hang Dimas daripada kumpulan Hujan. |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan