Hazama af - Google Blog Search |
- <b>Hazama AF</b> juara AF9
- <b>Hazama AF</b> 'Mengaku' Dirinya Berlagak | MyNewsHub
- BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search
Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT Hazama AF dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, malam Ahad. Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root. Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu. Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung. Sementara itu, Lena (Lenaber Haidir), 22, yang menjadi naib juara AF8 menerima wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Dia turut membawa pulang sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root. Lena mendendangkan lagu Dunia, nyanyian Bunkface dan lagu baru, Sisa Kisah Kita, ciptaan Kucidemak. Sebagai pemenang tempat ketiga, Fina atau nama sebenarnya ialah Nur Shafinaz Jebat, 18, menerima wang sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Selain itu, Fina menerima sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root. Fina membawakan lagu barunya, Menangis Lagi, ciptaan Edrie Hashim dan Satu Harapan , nyanyian Jaclyn Victor. -mStar | |
<b>Hazama AF</b> 'Mengaku' Dirinya Berlagak | MyNewsHub Posted: 07 May 2012 01:05 AM PDT KUALA LUMPUR – Penyanyi lelaki kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia (AF), Hazama AF9 mengaku dirinya sememangnya berlagak dan sombong. Namun, Hazama berkata, kenyataan yang dirinya berlagak hanyalah ketika dia beraksi dan sedang membuat persembahan di atas pentas. "Ya. Saya memang berlagak. Tapi di atas pentas semasa saya menyanyi sahaja. Itu pun atas dasar menjiwai lagu dan nak berikan persembahan yang terbaik kepada penonton," kata Hazama seperti dalam akhbar Pancaindera. Sebelum ini, cerita kurang enak melibatkan penyanyi itu berperangai sombong juga pernah dicanang umum. Namun, Hazama mengambil pendekatan meleraikan segala spekulasi serta akan berubah dan bersikap lebih berhati-hati dalam membawa dirinya melayari industri hiburan. Cerita yang mengatakan dia sombong dan berlagak timbul selepas ada beberapa pihak sekali lagi mendakwa Hazama bersikap angkuh dengan teman-temannya yang pernah berkerja sekali di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. "Sombongkah saya? Berlagakkah saya? Saya pun tak faham macam mana isu tak tegur-menegur ni boleh timbul. Ya, masa cerita ni keluar, saya ada terbaca dan sedia maklum mengenainya. Cuma saya tertanya-tanya, orang yang menyampaikan cerita ni betulkah kenal dengan saya? Betulkah kawan saya? "Saya mengaku pernah bekerja di hotel berkenaan sebelum menyertai AF9. Lebih kurang lima tahun saya bekerja sebagai pembantu dapur hotel itu. Jadi, saya memang kenal dengan kebanyakan pekerja di situ. Tak ada sebab untuk saya sombong dan berlagak dengan mereka sebab saya dengan pekerja-pekerja di sana ibarat kawan rapat. Dah lama kenal," katanya. Dengan tersebarnya cerita itu, Hazama menolak spekulasi teman-temannya yang menyebarkan cerita tersebut. Hazama juga menyifatkan cerita yang dibuat tentang dirinya hanyalah rekaan dan karut semata-mata. "Saya tak rasa yang menyampaikan cerita ni adalah kawan saya. Kalau dia betul kawan saya, dia sepatutnya lebih mengenali saya. Saya sendiri dah tanya pada kawan-kawan saya di hotel itu dan saya percaya mereka tak bawa cerita-cerita mengarut macam ni," katanya. Oleh: NAIMAH SHAARI Iklan Teks:Berita Berkaitan:Ucapan Aidilfitri Dari Rozita, Anuar, Neelofa dan...... Peminat Anjing, Babi : Gambit Minta Maaf Rosyam Nor Patah Tulang Bahu Berlakon Filem Libas Artis, Golongan Muda Biadap, Kurang Ajar! Ainul Aishah Berhenti Berlakon Sebab Tutti Fruti Faizal Tahir Ambil Berat Soal Gigi 'Jejaka Idaman 2.0' Nafas Baru Dari Lynnzay A. Asyraf Sinclair & BCL Ajar Anak Solat Tahniah! Natasha Hudson Hamil Sebulan Izara Aishah Kini Duta Produk Secret Garden PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri | |
BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search Posted: 18 Aug 2012 03:09 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from Hazama af - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan