Nuffnang

Rabu, 10 Oktober 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


BERITA ARTIS - <b>Elfira Loy</b> Cedera Dipijak Kuda - Gua.com.my

Posted: 08 Oct 2012 06:00 PM PDT

Heroin drama, 'Dalam Hati Ada Taman', Elfira Loy mengalami kecederaan apabila dipijak kuda ketika menjalani latihan di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara, baru-baru ini. Berita ini dikongsikan sendiri oleh duta Maybelinne ini ketika ditemui pada majlis sidang media drama 'Dalam Hati Ada Taman', di Flora Café, Amp Walk, petang Isnin.

"Saya kini sedang mengikuti kelas menunggang kuda sebagai persediaan bagi lakonan terbaru saya untuk drama epik arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Drama ini dijangka memulakan penggambarannya pada hujung tahun ini iaitu sejurus saya selesai program Fear Factor Malaysia di Capetown, Afrika.

"Mengenai insiden dipijak kuda itu, waktu itu saya hendak turun dari kuda namun kuda itu takut pada orang lain, jadi dia terkejut dan terpijak kaki saya. Mujur saya hanya mengalami kecederaan ringan di mana kaki saya hanya lebam saja," ujarnya yang mengakui mula jatuh cinta dengan sukan ekuestrian ini.

Dalam pertemuan petang itu, GUA juga sempat bertanyakan kepada Elfira mengenai gosip cintanya dengan pelakon Indonesia, Randy Pangalila dan Elfira menjawab, "Walaupun saya sudah menafikan perkara ini, namun saya masih dihentam oleh peminatnya. Jika cakap tak bercinta pun orang masih tetap cemburu dengan saya jadi saya dah biasa dengan perkara ini.

"Saya tak risau atau takut kerana saya dengan dia memang tidak ada apa-apa hubungan. Bila timbul gosip ini, saya kesian dengan Randy sebab dia sendiri dah ada teman wanita. Dia sayang sangat dengan kekasihnya itu dan saya sendiri sudah bertemu dengan kekasihnya itu. Saya harap, orang tidak akan membangkitkan lagi isu ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan