Nuffnang

Rabu, 10 Oktober 2012

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Sleeq Terima Tempias Populariti <b>Ramlah Ram</b>

Posted: 04 Oct 2012 10:28 AM PDT

..

Kumpulan duo yang menggelarkan mereka Sleeq menyifatkan kejayaan mereka menyelit masuk dalam pencalonan Top 5 Anugerah Industri Muzik (AIM19) bagi kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Sesaat Kau Datang sebagai batu loncatan untuk dua saudara kelahiran Singapura ni terus mengukuhkan nama di persada hiburan Malaysia.

"Kami ingin berterima kasih banyak pada Kak Ramlah kerana dia kami berjaya tersenarai dalam Top 5 AIM kali ni. Kami tak pernah menjangkakan akan sampai tahap ini dalam masa terdekat. Dengan pencalonan ni buat kami lebih bersemangat.

"Lagu Sesaat Kau Datang tu adalah lagu yang dimuatkan dalam album kak Ramlah. Tapi lirik rap tu kami yang cipta. Sebenarnya masa nak buat projek kolaborasi ni, peminat yang perkenalkan kami pada Kak Ramlah dan pula bersetuju untuk kami featuring dalam lagu tu", kata salah dseorang anggota Sleeq, Syarif.

Sleeq ditemui di sidang media mengumumkan finalis Top 5 AIM19, baru-baru ini.

Ditanya mengenai tanggapan setengah pihak mengatakan Sleeq hanya mula dikenal sejak berduet dengan Ramlah Ram, Sharif menjawab, dari awal lagi mereka sudah menjangkakan akan timbul dakwaan sebegitu. Namun menegaskan mereka tidak sama sekali mahu menumpang populariti sesiapa sebaliknya kolaborasi yang terhasil  itu secara kebetulan boleh diterima ramai dengan mudah.

"Kami dah jangka akan ada yang berkata begitu. Tapi kami mengambil ia sebagai sesuatu yang positif. Kami percaya dengan lagu kami.

Kalau kami nak tumpang populariti, kami akan buat lagu ikut genre penyanyi yang akan kami featuring itu. Tetapi kami tak buat sedemkian. Sleeq tetap dengan genre dan trademark kami tersendiri', tambah Syarif lagi.

Sementara, Alyph pula berkata melihat sambutan yang cukup hangat daripada peminat menerusi lagu kolaborasi Sesaat Kau Datang juga Untuk Dia (bersama Najwa Latif), mereka mahu mengekalkan konsep kolaborasi selepas ini.

"Masa di album pertama dan kedua kami tak ada lagu kolaborasi. Tapi untuk album ketiga ni memuatkan enam lagu dan empat daripadanya adalah lagu kolaborasi. Satu, Untuk Dia (Najwa Latif), lagu Salam Semua dengan bos kami, Aaron Aziz dan dua lagi tu biarlah rahsia dulu.   

"Ada juga peminat yang mencadangkan beberapa nama untuk kami berkolaborasi dengan artis tersebut. Kami pun sedang memikirkannya dan ada juga beberapa artis yang kami teringin nak bekerjasama misalnya dengan Malique", ujarnya.

Dalam perkembangan lain, artis naungan Aaron Aziz Production iaitu syarikat milik pelakon Aaron Aziz ni bakal melancarkan album ketiga mereka sekitar tahun depan dan kini sedang mempromosikan single terbaru, Salam Semua.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Akaun Facebook Dan Twitter <b>Ramlah Ram</b> Digodam

Posted: 10 Oct 2012 08:40 AM PDT

. .

Penjenayah siber berjaya menggodam beberapa laman sosial milik penyanyi Ramlah Ram sehingga meletakkan status serta mesej berbaur ugutan terhadap penyanyi itu dan juga beberapa artis lain.

Presiden Kelab Peminat Ramlah Ram Group (RRG), Idmiszal Soaid berkata, dia menyedari perkara itu pada pagi Sabtu lalu apabila terbaca di sebuah blog yang mengatakan laman Twitter milik Ramlah digodam.

"Tidak lama kemudian iaitu pada pukul 3 petang hari yang sama penggodam itu menghantar mesej berbaur ugutan dalam Twitter Ramlah yang ingin memusnahkan semua akaun laman sosial milik Ramlah termasuklah Facebook, E-mel dan akaun YouTube.

individu yang menamakan dirinya sebagai 'Force Encryption' sengaja menggunakan wajah orang lain untuk menggodam laman sosial Ramlah Ram.

"Lebih menakutkan apabila penggodam mengugut (di Facebook) mahu menggodam telefon bimbit serta komputer riba Ramlah bertujuan untuk mendedahkan foto-foto peribadi miliknya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini petang Selasa.

Tambah Idmiszal, Ramlah yang baru pulang dari Terengganu pada malam Sabtu lalu terus membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira pukul 1 pagi (Ahad) selepas mendapat tahu kejadian tersebut.

Malah, sebagai langkah keselamatan, Ramlah bertindak menghubungi beberapa bank bagi menyekat akaun-akaunnya agar segala urusan dihentikan buat sementara waktu.

Status menerusi akaun Twitter ini bukan tulisan Ramlah Ram kerana ia sudah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.

"Selain Ramlah, saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang dan dua orang ahli RRG membuat laporan serupa di Taman Pelangi, Johor kerana akaun laman sosial kami juga digodam.

"Malah penggodam itu telah menghantar mesej kepada saya dengan mengatakan dia tidak sukakan sebarang promosi yang berkaitan Ramlah. Peliknya, orang yang menghantar mesej itu daripada seorang lelaki negara luar.

"Dia siap ugut mahu menggodam laman sosial artis-artis lain pula seperti Azwan Ali, Lisa Surihani dan Fazura," ujarnya.
Ditanya keadaan Ramlah, Idmiszal berkata, penyanyi itu menjadi fobia sehingga dia tidak berani untuk menjawab sebarang panggilan telefon.

"Dia masih lagi fobia tambahan pula pelbagai ugutan yang diterima. Begitu juga dengan kami, takut juga apabila ada yang cuba dengki mahu menjatuhkan reputasi Ramlah.

"Tambah pula dia album barunya iaitu Aspirasi Cinta akan dipasarkan pada Jumaat ini yang diterbitkan sendiri oleh RRG. Saya takut ada yang tidak senang hati," ujarnya.

Sementara itu Ramlah Ram yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon bagi mengulas kejadian tersebut.

VN:F [1.9.20_1166]

Rating: 9.0/10 (2 votes cast)

VN:F [1.9.20_1166]

Ramlah Ram Diugut Selepas Akaun Facebook Dan Twitter Digodam, 9.0 out of 10 based on 2 ratings

ENTRY BERKAITAN:

  1. (TMJ) Tengku Mahkota Johor Tutup Akaun Twitter Dan Media Sosial
  2. Akaun Facebook Hidayah Shahril Dah Kena Serang
  3. Akaun Facebook Nur Amalina Palsu – Ibu Amalina Beri Amaran
  4. Twitter Azwan Ali Di Hack/Godam RileksCrew
  5. Twitter :Tengku Mahkota Johor Dan Fazura Bersayang-Sayang Di Twitter
  6. Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Bergaduh Di Twitter
  7. Mamat Sepah Mengamuk Di Twitter Isu Zed Zaidi Kemalangan
  8. Ops Hunting Perempuan Seksi Islam Di Facebook
  9. Kertas percubaan SPM bocor di Facebook
  10. Tukar Ke Https Untuk Selamat Ketika Di Facebook
 

<b>Ramlah Ram</b> Muncul Dengan Album Ke-15 "Aspirasi Hati" » Wassupz!

Posted: 06 Sep 2012 04:56 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Penyanyi bersuara emas Ramlah Ram bakal muncul dengan album solo yang ke-15 buat dirinya iaitu "Aspirasi Hati" yang bakal berada dipasaran pada awal Oktober nanti. Apa yang menariknya, album ini diterbitkan ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan