Nuffnang

Rabu, 10 Oktober 2012

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


Penampilan Hazama Dan <b>Intan Ladyana</b> Dalam Video Klip &#39;Aku <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 05:53 AM PDT

Dalam usaha mempertingkatkan promosi dan kesedaran peminat mengenai filem terbaru terbitan Excellent Pictures, iaitu Apa Celop Toqq yang akan ditayangkan bermula 25 oktober ini, muzik video untuk lagu tema filem ini, 'Aku Mau Dia,' menampilkan Hazama, selaku penyanyi, sudah boleh ditonton di youtube MyExcellentPictures juga di televisyen.

Selain dari itu, sedutan babak-babak filem ditayangkan secara eksklusif dalam muzik video ini, dalam menambahkan rasa keterujaan peminat yang tidak sabar menantikan filem pertama Hazama di layar perak, Apa Celop Toqq, selepas menjuarai rancangan realiti nyanyian untuk musim lalu.

Muzik video 'Apa Celop Toqq,' telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur, seperti Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang.

Berkaitan filem Apa Celop Toqq yang akan ditayangkan pada 25 oktober ini, mengandingkan Hazama dan Intan Ladyana, buat pertama kalinya. Selain itu, Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana juga terlibat dalam filem arahan Ahmad Idham ini, yang menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur pada Februari 2012 yang lalu.

'Aku Mau Dia' digubah oleh Jasnie Yaakob dan lirik oleh Brenda Anura ini dipilih untuk menjadi lagu tema, kerana difikirkan sesuai dengan jalan cerita Apa Celop Toqq iaitu genre komedi, manakala pemilihan Hazama selaku penyanyi kerana dia memahami watak dan jalan cerita filem ini.

Akan mula ditayangkan bermula 25 oktober di 67 pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, Apa Celop Toqq diharap dalam meneruskan kejayaan sinema Malaysia seperti Hantu Bonceng, Mael Lambong, terbitan Excellent Pictures, manakala yang terbaru Hantu Kapcai, terbitan Showbiz Productions, anak syarikat KRU Studios.

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan