Nuffnang

Rabu, 10 Oktober 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Berubah Hati Kepada Gadis Jepun

Posted: 05 Sep 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2012: Pelawak dan pengacara yang masih lagi digosipkan bercinta dengan pelakon Pan Asia, Juliana Evans iaitu Zizan Razak mengakui hatinya kini sudah berubah serta dimiliki oleh gadis berbangsa Jepun.

Semuanya gara-gara selepas peserta Raja Lawak 1 ini berpeluang menjejakkan kakinya ke negara matahari terbit itu pada 30 Jun yang lalu untuk mengemudikan sebuah program travelog berjudul Jejak Jepun Bersama Zizan yang akan ditayangkan di Astro Prima mulai 12 September ini.

Zizan Razak atau Zizan Raja Lawak berkata perwatakan gadis Jepun yang comel dan mudah didekaiti itu membuatkan dirinya sangat selesa dengan mereka terutama sekali ketika berkunjung ke restoran Maid Café, Jepun.

"Terus-terang saya sekarang sudah mula terpikat dengan gadis Jepun selepas berkunjung ke sana. Mereka sangat cantik dan comel. Paling yang saya tidak boleh lupa apabila berkunjung ke sebuah restoran di sana.

"Dalam restoran yang diberi nama Maid Café itu ada ramai perempuan yang sangat cantik dan comel, malah wajah mereka tak ubah seperti pelakon kartun animasi. Mereka bukan sahaja cantik, malah melayan saya sebagai tetamu dengan sangat baik.

"Saya sempat berbual dengan salah seorang daripada mereka dan kemesraan kami serta-merta terjalin sehingga gadis Jepun itu ada menjemput saya datang ke rumahnya. Bagi saya itu adalah pengalaman manis sewaktu berada di sana ," katanya di dalam siding media Jejak Jepun Bersama Zizan di Restoran Kumora, Hotel Corus, petang semalam.

Menariknya, Zizan yang bakal mengemudikan 6 episod itu telah mengembara ke pelbagai tempat menarik di Jepun seperti Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.

Zizan Razak memberitahu, dia amat teruja menjejakkan kaki ke sana malah tidak akan sekali pun melupakan setiap momen-momen indah yang dialaminya selama 15 hari berada di negara tersebut

"Saya berada di sana daripada 30 Jun hingga 13 Julai dan apa yang boleh saya katakan setiap detik yang saya lalui di sana semuanya indah dan tidak boleh dilupakan. Lagipun memang menjadi impian saya sejak kecil untuk ke sana.

"Banyak pengalaman yang tak boleh saya lupakan. Antaranya saya berpeluang menziarah Muzium Sumo di mana saya berpeluang untuk belajar cara-cara untuk bersumo. Selain itu, saya juga bernasib baik dapat berlatih menjadi ninja kerana bukan calang-calang orang boleh mempelajarinya," ceritanya lagi.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, Zizan adalah pengacara yang sesuai untuk mengendalikan program ini dan pemilihannya dibuat kerana mahu memberikan kelainan kepada program travelog biasa.

"Zizan merupakan pilihan yang tepat kerana kami rasa dia boleh memberi kelainan kepada program travelog kami supaya kami dapat menyuntik elemen komedi ke dalam program ini. Malah, program ini memang lain dari program-program travelog yang sedia ada, di mana selain membongkar tempat menarik dan makanan istimewa mereka, Zizan juga dikehendaki melakukan 2 misi menarik pada setiap episod," katanya.

Jejak Jepun Bersama Zizan bakal ditayangkan di Astro Prima menerusi saluran 105 pada setiap Rabu, jam 9.00 malam bermula 12 September ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan