Nuffnang

Rabu, 10 Oktober 2012

Faizal Tahir - Google Blog Search

Faizal Tahir - Google Blog Search


Tiada Di Anugerah Blokbuster, Fans <b>Faizal Tahir</b> Kecewa?

Posted: 08 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 8 OKT 2012: Berkicau seketika laman sosiaL Twitter milik penyanyi popular, Faizal Tahir baru-baru ini apabila ada peminat yang melahirkan rasa kesal kerana kelibat penyanyi Sampai Syurga itu tidak kelihatan ketika berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Blokbuster, Sabtu lalu.

Kekesalan itu timbul apabila ada segelintir peminat yang terlihat nama Faizal Tahir tersenarai dalam barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di pada malam anugerah tersebut sepertimana yang tersiar di portal murai.com.my pada 4 Oktober lalu.

Namun hakikatnya, Faizal Tahir tidak dapat membuat persembahan pada malam berprestij berkenaan kerana telah terikat dengan satu lagi persembahan yang telah dipersetujuinya beberapa bulan lalu.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Faizal Tahir bagaimanapun melahirkan rasa ralat kerana tidak dapat membuat persembahan pada acara gilang-gemilang yang buat julung kalinya diadakan bagi mengangkat martabat karyawan seni serta industri perfileman negara.

"Ramai peminat yang tweet saya di laman Twitter milik saya untuk mengesahkan tentang persembahan saya di Anugerah Blokbuster. Malah ada juga teman pemuzik yang bertanyakan hal sama kepada saya kerana keliru.

"Ini kerana mereka ada melihat nama saya tersenarai untuk membuat persembahan pada malam berkenaan. Kasihan juga apabila ada peminat yang tertunggu-tunggu persembahan saya pada malam itu sehingga akhir acara. Malah, ada juga yang rushing untuk berada di hadapan TV, semata-mata untuk melihat persembahan saya pada malam itu," katanya dengan nada yang berbaur kecewa.

Namun begitu, Faizal Tahir berkata, dia sedikitpun tidak terkilan dengan kesilapan kecil berkenaan kerana daripada awal lagi dia sudah pun memaklumkan kepada pihak penganjur bahawa dia tidak dapat membuat persembahan pada malam berkenaan.

"Saya langsung tak ambil pusing dengan hal ini. Kerana tak ada promosi besar-besaran yang menguar-uarkan kemunculan saya untuk program berkenaan. Tetapi rasanya tak manislah apabila perkara seumpana ini terjadi.

"Malah, saya ada menerima mesej di Twitter saya daripada seorang individu yang mungkin daripada pihak penganjur yang meminta maaf dengan masalah kecil berkenaan. Apa yang boleh saya katakan di sini, perkara ini adalah masalah kecil saja dan tidak perlu digembar-gemburkan kerana semua orang membuat kesilapan. Mungkin yang terasa terkilan adalah peminat saya sendiri. Itu saja," katanya berterus terang.

Faizal Tahir menambah, dia sepatutnya menyanyikan tiga lagu secara madley antaranya Ombak Rindu dan Sedetik Lebih, bagaimanapun terpaksa menarik diri kerana tuntutan kerja di tempat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan