Nuffnang

Ahad, 24 Mac 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


<b>Didie Alias</b> Dituduh Tipu Peminat? | MyNewsHub

Posted: 28 Feb 2013 08:53 PM PST


Pelakon dan pelawak, Didie Alias dituduh telah menipu peminatnya berikutan dia tidak muncul ketika syarikat pelancongan Arlief Event & Management menganjurkan percutian ke Beijing, China pada hujung Januari lalu.

Pada Oktober lalu, Arlief Event & Management telah mengadakan satu sidang media bagi memperkenalkan Didie sebagai Ikon Pelancongan agensi mereka dengan menawarkan pakej 'Jom Melancong Bersama Didie Alias & D'Geng'.

Namun, apabila tarikh yang ditetapkan telah tiba, kelibat Didie pula kelihatan.

Walau bagaimanapun, pakej percutian selama enam hari lima malam itu tetap diteruskan juga di mana tempat Didie telah digantikan dengan pelakon Fizo Omar.

Menerusi Ohbulan, hari ini, Didie menjelaskan terdapat beberapa perkara yang tidak jelas mengenai pelawaan syarikat berkenaan.

"Sebenarnya, saya tak tandatangan kontrak dengan mereka dan hanya berbincang secara verbal dan melalui emel saja mengenai projek ini. Saya mengenali rapat tuan punya agensi kerana kami kawan dan saya sendiri yang mengutarakan kepadanya mengenai projek ini.

"Namun, selepas mendapat persetujuan, projek ini beralih dari satu tangan ke tangan yang lain sekaligus perbincangan mengenai harga jadi tidak masuk akal sama sekali. Akhirnya, mereka sendiri yang membatalkan projek ini juga secara verbal serta emel," katanya.

Tambah Didie, dia akan mengadakan satu sidang akhbar bagi menerangkan keadaan dengan lebih jelas.

"InsyaAllah, pada 12 Mac ini saya akan melancarkan kelab peminat saya dan saya akan menjelaskan kesemuanya pada waktu itu.

"Jika ada masa, saya juga mahu bersemuka dengan pihak agensi tersebut," katanya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan