Nuffnang

Ahad, 24 Mac 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Nak Kahwin 2014!

Posted: 13 Mar 2013 10:15 PM PDT

Pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak dikhabarkan melalui portal Murai semalam yang dia bakal dalam planning untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan, 2014.

Ini juga menunjukkan Zizan mempunyai target kahwin dengan usianya yang ke-30 tahun hadapan. Namun sekarang masih lagi mencari-cari gadis pilihan hati, dan anda mungkin salah seorang yang dikehendaki Zizan, admin syorkan bagus buat program mencari jodoh bersama Zizan. Hehe.

2 Juta fan page, takkan takde yang berkenan kot.

"Saya tahu diusia sekarang, sudah ramai rakan-rakan saya yang berkahwin dan mempunyai anak termasuk Nabil Raja Lawak yang baru menimang cahaya mata.

"Apabila melihat mereka dengan keluarga, rasa seronok dan teringin pula nak ada keluarga sendiri.

"Nabil pun saya lihat bahagia dah sekarang dengan cahaya pertamanya.

"Jadi rasanya, bila usia saya sudah mencecah 30 tahun nanti saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga.


"Terus-terang sekarang ini, saya masih lagi 'single' dan tidak mempunyai kekasih.

"Malah saya sedang mencari dan mengambil peluang untuk mengenali mana-mana wanita," -Zizan

Tag: , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

<b>Zizan Razak</b> & Fara Fauzana Hos ABPBH 2012 | MyNewsHub

Posted: 28 Feb 2013 08:19 PM PST


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Zizan Razak dan penyampai radio, Fara Fauzana bakal digandingankan untuk memegang tanggungjawab dengan menjadi hos bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang bakal berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 April depan.

Menerusi Berita Harian, hari ini, biarpun sudah tiga diberi kepercayaan mengendalikan ABPBH, Zizan yang juga finalis Artis Komedi dan Pelakon Filem itu mengakui perlu banyak membuat kajian supaya apa yang dikongsi di pentas adalah maklumat terkini dunia hiburan.

"Memang pengalaman lalu mematangkan saya apatah lagi saya ditemani hos dan penyampai radio yang saya kagumi. Tetapi dalam acara besar yang hanya diadakan setahun sekali, saya perlu rajin berikutan dunia hiburan berputar dengan lebih deras.

"Andai sebelum ini, kita dikejutkan dengan fenomena Gangnam Style, sekarang sudah ada Harlem Style. Jadi apa yang kita sampaikan atau perkatakan di pentas perlu segar dan tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa," jelasnya.

Sementara itu, bagi Fara Fauzana yang pernah mengacarakan banyak majlis besar termasuk Anugerah Skrin serta Juara Lagu, pelawaan penganjur yang menggandingkannya dengan Zizan dianggap cabaran besar.

Fara yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Zizan melalui program Melodi, berkata walaupun tidak sampai setahun dia dan Zizan bersama dalam program Melodi, tetapi mereka sudah serasi.

"Andai dia spontan, kehadiran saya boleh dianggap mengimbangkan suasana.

"Cuma walaupun teruja sebaik diajukan tawaran, saya perlu mendapatkan nasihat daripada pengurusan Hot FM. Ini berikutan komitmen terhadap tugasan di konti. Nampaknya, mereka memberi sokongan penuh," katanya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Zizan Razak</b> ingin akhiri zaman solo tahun depan – Perak Today

Posted: 18 Mar 2013 07:31 AM PDT

Pelawak dan pengacara popular, Zizan Razak meletakkan sasaran untuk mengakhiri zaman bujangnya tahun hadapan apabila usianya menjangkau 30 tahun.

Dipetik dari laporan Kosmo!, Zizan yang bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April akan datang berkata, dia ada terfikir tentang mendirikan rumah tangga, tetapi lebih selesa memberi tumpuan sepenuh masa terhadap kerjaya.

"Secara terus-terang, saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Walaubagaimanapun, sehingga kini saya masih belum bertemu gadis yang sesuai untuk dijadikan teman hidup saya.

"Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis tersebut perlulah menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya," jelas pemilik nama sebenar Mohd Razizan Abdul Razak ini.

Sebelum ini, Zizan pernah dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa dengan aktres gandingannya dalam filem "Hantu Bonceng" dan "Mael Lambong", Juliana Evans.

Sementara itu, selain sibuk dengan kerjaya mengacara program hiburan popular "Melodi", jejaka kelahiran Dungun, Terengganu ini bakal muncul dalam filem aksi komedi arahan Helmi Yusof, "Bikers Kental yang akan ditayangkan di pawagam bermula 23 Mei akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan