Nuffnang

Ahad, 24 Mac 2013

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


Rita Rudaini Tak Matang – <b>Fauzi Nawawi</b> | MyNewsHub

Posted: 16 Jan 2013 07:34 PM PST


Semalam, baru saja Mynewshub.my melaporkan yang aktres Rita Rudaini dan Lisdawati sudah berdamai dan bersetuju untuk berlakon sama dalam drama arahan Murali Abdullah, Kerana Sarah.

Namun, tidak tahu pula yang suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi turut berlakon sama dalam drama berkenaan.

Patutlah Rita ada mengeluarkan syarat, yang dia tidak mahu Fauzi Nawawi berada di set pengambaraan ketika dia berlakon.

Susulan daripada syarat itu, melalui Harian Metro, hari ini, Fauzi berpendapat yang Rita tidak matang.

"Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada.

"Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya," katanya.

Bagaimanapun, Fauzi bersikap profesional dan menghormati permintaan Rita.

Tambahnya lagi, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita.

Malah, Fauzi turut berharap tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku antara isterinya dan Rita.

Lisdawati dikatakan tidak mempunyai masalah berlakon bersama Rita dan penggambaran yang membabitkan dirinya dengan Rita turut berjalan lancar.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Fauzi Nawawi</b> - Saya Tak Pernah Bersama Rita Rudaini - Gua.com.my

Posted: 31 Jan 2013 08:00 AM PST

Hubungan yang baru sahaja pulih nampaknya masih lagi diuji apabila baru-baru ini pelakon Rita Rudaini mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu suami Lisdawati, Fauzi Nawawi berada di set penggambaran drama terbaru gandingan mereka bertiga, 'Kerana Sarah' arahan Murali Abdullah.

Atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan, kenyataan Rita tersebut menimbulkan tanda tanya kepada ramai pihak terutama Fauzi sendiri.

"Saya sendiri tak faham kenapa Rita enggan saya berada di set penggambaran. Kami sepatutnya ada satu babak bersama, tetapi Rita meminta kepada penerbit dan pengarah untuk mengolah semula skrip tersebut agar kami tidak bertembung", kata Fauzi.

Tambah Fauzi, dia tidak ada masalah sekiranya itu keinginan Rita kerana Fauzi enggan timbulkan masalah pada produksi dan tidak mahu penggambaran drama tersebut tergendala gara-gara masalah itu.

"Saya rasa dah lama masalah ini selesai. Tambahan pula, saya tidak pernah masuk campur ketika dia dan Lisda bergaduh dulu. Jadi saya tak faham kenapa masalah ini diungkit lagi", katanya.

Walaupun Lisda menasihati Fauzi untuk tidak memberi sebarang kenyataan lagi kepada media, namun Fauzi merasakan dia harus menerangkan kepada semua pihak bahawa dia tidak terlibat dalam permasalahan antara Lisda dan Rita.

"Saya tak pernah bersama Rita, malah tak pernah kecewakan atau sakiti dia. Jadi apa yang besar sangat masalah antara saya dengan Rita ini? Kalau itu keinginan dia, saya turutkan. Tapi saya harap Rita fikir masak-masak sebelum keluarkan sebarang kenyataan kerana hal ini boleh memalukan dirinya sendiri", ujar Fauzi yang turut menyatakan dia akan lebih berhati-hati ketika menjawab soalan media mengenai isu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan