Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
- Diam Bukan Bermaksud Aku Mudah Dipijak – <b>Sharnaaz Ahmad</b> |
- Berhenti Reka Cerita Hidup Saya – <b>Sharnaaz Ahmad</b> Bagi Amaran <b>...</b>
- “Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – <b>Sharnaaz Ahmad</b> <b>...</b>
Diam Bukan Bermaksud Aku Mudah Dipijak – <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Posted: 17 Feb 2013 11:01 PM PST Kesian jugak Abang Nara kat Sharnaaz Ahmad ini. Sudahlah kecewa putus cinta tak habis lagi, tup-tup ada pulak suratkhabar yang menyiarkan kenyataan yang tidak pernah keluar daripada mulutnya. Kenyataan palsulah kiranya. Nasib baiklah dunia sekarang penuh dengan teknologi yang memudahkan komunikasi. Sharnaaz meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap perkara tersebut menerusi akaun Twitternya. Nasib baik Sharnaaz bagitau. Kalau tak mesti semua orang percaya bulat-bulat apa yang ditulis di suratkhabar itu. Abang Nara tak tahu suratkhabar mana satu yang memutarbelitkan kenyataan Sharnaaz. Apa pun diharap Sharnaaz bersabar. Biasalah kontroversi pasal anda tengah panas. Pasti ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memanaskan lagi cerita. Yang penting anda tahu cerita yang sebenar. P.S: Festival buah lemon di Perancis Baca Yang Ini Pulak:- |
Berhenti Reka Cerita Hidup Saya – <b>Sharnaaz Ahmad</b> Bagi Amaran <b>...</b> Posted: 18 Feb 2013 01:29 AM PST "Berhenti mereka cerita hidup saya sebelum saya mengambil tindakan undang-undang." Pendek, namun itulah amaran yang diberikan oleh Sharnaaz kepada mereka yang dikatakan telah mereka-reka cerita tentang perkara yang berlaku baru-baru ini. Melalui laman Twitternya, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan bahawa kenyataannya dalam akhbar telah diputar-belitkan. Pelakon yang baru saja putus cinta bersama Shila Amzah ini juga meluahkan perasaan kecewanya kerana ada pihak yang mengambil kesempatan diatas perkara yang berlaku. "Kenyataan yang bukan dari saya jangan pandai-pandai siarkan. Jangan sesuka hati nak jual cerita hidup manusia untuk kepentingan jualan." Apa pun, semoga keadaan akan beransur pulih selepas ini. Lagi kenyataan Sharnaaz selepas ini. |
“Saya Tidak Akan Hantar Rombongan Merisik” – <b>Sharnaaz Ahmad</b> <b>...</b> Posted: 06 Feb 2013 08:36 PM PST "Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini." Itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sharnaaz sendiri. Menerusi laporan Sinar Harian hari ini, Sharnaaz memberitahu bahawa dia sudah tidak mahu ambil tahu apa-apa lagi isu yang terjadi. "Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya." Pelakon filem Juvana ini juga meluahkan perasaan kecewanya terhadap perkara yang berlaku dan mengambil keputusan untuk berhenti bercakap mengenai Shila Amzah. "Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi." Jadi, apakah kesudahan kisah cinta Shila & Sharnaaz selepas ini? Setelah pelbagai kontroversi dilalui, adakah mereka berdua akan berhenti di tengah jalan? Atau mungkin Shila akan memilih untuk bersama Sharnaaz? Walau apa pun, jika ada pengarah yang mahu memfilemkan kisah cinta realiti kedua selebriti ini, OHBULAN! pasti ramai yang akan menunggu untuk menontonnya. Setuju tak? Anda boleh baca artikel berkaitan disini. |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan