Nuffnang

Ahad, 24 Mac 2013

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


&#39;Jejaka Comel&#39; Gelaran Dari <b>Farawahida</b> Untuk Farizal Marlias

Posted: 27 Feb 2013 12:00 AM PST

3Sungguhpun pasukan Harimau Malaya kalah dan tidak dapat memasuki final Piala AFF Suzuki 2012, ianya bukan bermakna peminat sukan bola tempatan akan memutuskan sokongan mereka terhadap pasukan tempatan.

Dek kerana itulah, Murai Batu mendapat tahu, peminat fanatik kepada penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias terus melakukan satu kempen untuk menaikkan semula semangat penjaga gawang berkenaan.

Menerusi status yang tertulis-Jangan Salahkan Farizal…' yang disiarkan dalam laman facebook tidak lama dulu, ramai menyokong bahawa Farizal telah melakukan yang terbaik ketika perlawanan separuh akhir menentang Thailand tempoh hari.

Namun, dari banyak-banyak komen status berkenaan, Murai Batu tertarik apabila penyanyi Farawahida turut sama memberikan komen dari status berkenaan.

Dalam komen tersebut, Farawahida menerusi akaun Facebook Real Farawahida Razali Full telah mengatakan Farizal seorang lelaki comel dan tidak pula dia menyokong status yang ditulis peminat terhadap Farizal.

Dari sini, Murai Batu terfikir, adakah Farawahida salah seorang peminat fanatik Farizal? Atau sebenarnya, Farawahida sememangnya mempunyai perasaan cinta terhadap Farizal yang berusia 25 tahun ini.

Yang penting, mungkin Farizal akan melalui kisah yang sama dengan Khairul Fahmi Che Mat apabila nama penjaga gol kebangsaan ini menjadi sebutan selepas Piala AFF Suzuki 2010 dan dikaitkan dengan Nora Danish.

Nampaknya, Murai batu terpaksa merisik dengan Farawahida mengenai komennya itu. Apapun, setahu Murai Batu, Farizal masih menantu keputusan kesnya yang agak kontroversi.

sumbar asal: murai

Top 10 Search Terms:

•gambar comel farizal marlias•nama gelaran yang comel•gelaran bayi comel•khairul fahmi dan farizal marlias•kisah terbaru farizal marlias

Tiada ulasan:

Catat Komen