Nuffnang

Ahad, 24 Mac 2013

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Marsha nafi Gaduh Dengan <b>Nur Fathia</b> - Gua.com.my

Posted: 06 Mar 2013 04:14 PM PST

Pelakon, penyanyi dan pengacara Marsha Milan Londoh, 28, menafikan tuduhan bahawa dia dan pelakon Nur Fathia, 26, bermasam muka kerana berebutkan teman lelaki. Desas-desus mengatakan pelakon drama 'Dalam Setiap Sujudnya' itu telah merampas teman lelaki Marsha.

Menurut Marsha, dia tidak pernah berkawan rapat dengan Fathia, apa tah lagi mereka tidak pernah berpeluang untuk bertegur sapa.

"Saya tak pernah ada masalah dengan Fathia.Bagi saya isu ini tak masuk akal. Dia berhak bercinta dengan sesiapa. Begitu juga dengan saya," ujar  Marsha ketika ditemui di majlis pra-tonton filem Bola Kampung paada Rabu
.
Tambah Marsha lagi, dia enggan memikirkan tentang isu ini kerana tidak mahu perkara-perkara negatif seperti gosip dan kontroversi menganggu kerjayanya.

"Saya cuba sedaya upaya saya untuk lari dari kontroversi. Tapi saya sedia maklum bahawa gosip adalah lumrah dalam industri ini. Cuma saya malas untuk memikirkan tentang perkara ini," ujar Marsha berterus-terang.

Gadis yang berasal dari Sabah ini berharap agar krisis dengan Fathia tidak diperbesarkan kerana bimbang perkara yang tidak pernah wujud diperbesarkan.

"Apa yang dah terjadi, biarkan terjadi. Saya harap tiada siapa yang cuba memperbesarkan hal ini,"ujar Marsha yang meminjamkan suaranya untuk watak Puteri Amanda dalam filem Bola Kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan