Nuffnang

Ahad, 24 Mac 2013

Mila Jirin - Google Blog Search

Mila Jirin - Google Blog Search


<b>Mila Jirin</b> Melobi Dengan Kekasih? | buahmulut.com

Posted: 28 Feb 2013 09:12 AM PST

Agak lama kami tidak bertemu Mila Jirin, khabarnya sudah mengurangkan aktiviti nyanyianya dan kini beralih pula ke bidang pengurusan acara yang katanya lebih lumayan.


Mila jirin

Ditanya kenapa dia kini sudah beralih arah kebidang lain pula, Mila menjelaskan yang semua ini adalah sudah rezeki yang ditetapkan untuknya. Tambahnya juga bidang yang diceburinya kini masih bersangkut dengan dunia hiburan, cuma kini dia lebih selesa bertindak di belakang tadbir sahaja.

"Ini merupakan kali ke-2 Mila terlibat dengan pengurusan acara di Karnival Wow Putrajaya. Sebelum ini Mila hanya bernyanyi saja. Entah macam mana terdetik pula nak jadi pengurus acara dan setelah perbincangan diadakan dengan pihak berkaitan akhirnya Mila diberi tanggunjawab untuk menguruskan acara di Karnival Wow Putrajaya selama 2 tahun berturut-turut." Jelasnya.

Bagaikan sudah dapat membaca apa soalan yang bakal ditanya selepas itu, Mila seperti kami duga pantas menidakkan soalan yang ditanya kepadanya tentang kebenaran yang dia kini sedang berkawan 'rapat' dengan seseorang yang berjawatan tinggi di Perbadanan Putrajaya, sehingga 2 tahun berturut-turut diberi kepercayaan mengendalikan karnival besar itu.


Mila jirin

"Taklah, Mila tak guna 'orang dalam' pun untuk dapat job ni. Mila anggap ini semua rezeki dan tanggunjawab yang besar diletakkan keatas bahu Mila. Nak kata melobi sangat pun tak juga. Lagipun Mila dah mula jatuh cinta dengan kerjaya baru sperti ini."

Menyentuh berkaitan soal nyanyianya pula Mila nyata tidak berputus asa di dalam bidang yang pernah mempopularkanya tidak lama dahulu walaupun sambutan terhadap Albumnya yang terbaru pada tahun lepas kelihatan agak sendu.

Ujarnya lagi "Album tu tahun lepas Mila ada keluarkan, tapi tu la sambutanya macam sendu je dan tak ada sambutan. Dekat radio pun jarang dimainkan lagu Mila. Nak salahkan stesen radio pun tak boleh jugak sebab tak mainkan lagu Mila. Jadi nak taknak terima jela"

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan