Nuffnang

Ahad, 31 Mac 2013

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


Kereta <b>Ezany Nizariff</b> Dipecah Masuk Pencuri! | MyNewsHub

Posted: 25 Jan 2013 09:23 PM PST


KUALA LUMPUR – Pada pagi Khamis lalu, kereta milik pelakon lelaki dan ahli perniagaan, Ezany Nizariff dipecah masuk pencuri kira-kira jam 2.50 pagi.

Kejadian itu berlaku ketika Ezany sedang berada di sebuah kedai makan di sekitar kawasan The Mines, Sri Kembangan.

Ketika itu, Ezany tidak menyedari kejadian tersebut.

Sebaliknya, dia hanya mengetahui keretanya dipecah masuk selepas diberitahu oleh seseorang.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 2.50 pagi tadi (semalam).

"Ketika itu, saya sedang lepak di sebuah kedai makan di kawasan di Mines. Lebih kurang sejam saya di situ, datang seseorang memberitahu yang kereta saya kena pecah," kata Ezany yang dipetik dari laporan Malaysian Digest.

Ezany memberitahu dia kehilangan sebuah beg bimbit yang mengandungi dokumen penting dan geran sahaja.

Pengusaha produk belacan itu memberitahu keretanya dipecah masuk pencuri melalui cermin belakang tempat duduk bahagain kiri.

Selepas kejadian itu, Ezany telah pun membuat laporan polis untuk meneruskan siasatan kes tersebut.

"Bila saya periksa, hanya beg bimbit berisi dokumen dan geran sahaja hilang.

"Penyamun memecahkan cermin belakang sebelah kiri. Selepas itu, saya terus pergi membuat laporan polis," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jan 2013 07:18 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jan 2013 07:53 AM PST


PANIK (NTV7) | PEREKA CERITA

Posted: 02 Jan 2013 02:41 AM PST


Minta Tolong korang sebarkan pada kawan2 FB supaya LIKE fanpage perekacerita ini yerr.. jasamu dikenang =
http://www.facebook.com/likeperekacerita

PANIK (NTV7)
MULAI: 2 Januari 2013,
HARI: setiap hari Rabu
MASA: 8.30 malam – 9.30 malam
PESERTA : Ezany Nizariff, Danny X Factor, Melia Aimelia, Ika Nabila, Marlon VIP, Anis Al Idrus, Jufry Rayyan William dan Shakilla Khoriri

SINOPSIS PANIK (NTV7)
rancangan permainan TV realiti pertama Malaysia yang dirakamkan pada waktu malam di lokasi misteri di mana artis Malaysia terpilih bakal menjadi pesertanya. mengetengahkan cabaran ala Fear Factor, Total Blackout, Ghost Hunters serta rancangan paranormal ntv7 sendiri, Seekers, pastinya penuh kejutan dengan pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental pesertanya.

Kelapan-lapan orang peserta artis ini akan dibahagikan kepada 2 pasukan dimana setiap pasukan disertai 2 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta wanita yang akan bersaing merebut wang tunai sebnayak RM 10,000 dalam 6 buah episod. "para artis dipilih berdasarkan personalit mereka tersendiri dan faktor kesihatan fizikal dan kekuatan mental mereka.

Ada yang mungkin nampak macho tapi siapa yang ahu mungkin juga mereka takutkan kegelapan atau fobia dengan ketinggian atau unsur-unsur misteri. Dalam salah satu cabaran, mereka terpaksa mengurung salah seorang ahli kumpulan mereka di dalam tangki di mana mereka memerlukan kod rahsia untuk melepaskan ahli mereka. Sementara cuba mendapatkan kod itu, tangki itu akan diisi dengan air dan pada tahap tertentu belut akan ditambah ke dalam tangki tersebut. Apa yang lebih mencabar adalah kesemua cabaran yang akan dihadapai nanti adalah pada waktu malam dan di dalam GELAP

KLIK WAJIB TAHU - TUTORIAL CARA DOWNLOAD MOVIE DAN CANTUMKAN PART MOVIE !"

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Ezany Nizariff</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Dec 2012 07:15 AM PST


<b>Ezany Nizariff</b> & Sheera Iskandar Dalam Telemovie Imam | Sensasi <b>...</b>

Posted: 27 Dec 2011 04:28 AM PST

Cabaran Sebagai Imam Muda Dalam Telemovie Imam Di TV1

Memaparkan pancaroba dan dugaan hidup seorang Imam muda, Salahuddin yang berperwatakan sederhana, berfikiran jauh dan moden dalam amalan keagamaannya dan penampilannya. Dia perlu menghadapi tohmahan dan dugaan dari masyarakat di sekelilingnya. Namun jiwanya tetap kental dalam mempertahankan apa yang perlu diperjuangkannya.

Membariskan pelakon Ezany Nizariff, Sheera Iskandar, Ajak Achika, Riz Amin, Josie Khoo dan Ben Kenobi, kisah menarik sarat pengajaran ini melatari telemovie bertajuk "Imam" yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 30 Disember 2011, jam 10.30 pagi menerusi TV1.

telemovie Imam

Ia antara lain mengisahkan watak Salahuddin yang berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar Mesir telah dilantik sebagai Imam oleh Majlis Agama Islam Negeri di kampung kelahirannya. Perwatikahan itu mengundang kontrovesi oleh mereka yang begitu memandang rendah akan kebolehan dan kelayakan Salahuddin.

Segala tindak tanduk Salahuddin sentiasa menjadi isu yang mengundang keaiban. Yang lebih memeritkan adalah tomahan dari sekumpulan pengamal ajaran sesat yang sentiasa merasakan diri mereka betul dan lebih memahami Islam berbanding Salahuddin.

Lebih-lebih lagi dari Pak Deraman yang sebelumnya telah melantik dirinya sendiri sebagai Imam kampung setelah Ayah Salahuddin, Imam yang sah telah lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Pak Deraman mendapat sokongan dari sekumpulan puak yang taksub dengan kehebatan diri mereka dalam amalan keagamaan. Yang sebenarnya mereka adalah pengamal ajaran sesat yang baharu sahaja mahu bertapak di kampung tersebut.

Berbagai cara dilakukan mereka termasuk menghasut orang kampung memulaukan Salahuddin sebagai Imam. Selain itu mereka juga telah mencederakan Salahuddin pada satu ketika. Hasutan itu juga telah memberi kesan apabila Salahuddin mendapati Jemaah Masjid semakin kurang dan akhirnya tinggallah dirinya seorang sahaja walaupun sekali-sekali dia akan ditemani oleh sahabat karibnya, Irfan yang merupakan pengusaha kolam ikan yang berjaya.

Selain itu Salahuddin juga berhadapan dengan konflik dalam keluarganya apabila Abang kandungnya, Salleh terlibat dalam aktiviti penyalah gunaan dadah. Salleh terjebak dengan perkara itu setelah tertekan dan kecewa apabila ditinggalkan tunangnya.

Keadaan Salleh yang begitu menyedihkan telah membuatkan Salahuddin cuba membantunya dengan kaedah perubatan Islam. Walau ada ketikanya Salleh tidak menyukai apa yang cuba dilakukan oleh Salahuddin namun akhirnya apabila ia memberi kesan pada Salleh, dia mula sedar apa yang berlaku pada dirinya sebelum ini adalah kesan dari kesilapannya sendiri.

Bibit-bibit cinta berlandaskan nilai keIslaman juga dipaparkan melalui hubungan antara Salahuddin bersama Balqis. Mereka sebenarnya adalah teman rapat semenjak dari kecil lagi dan membesar bersama sebelum memilih haluan masing-masing dan kembali dipertemukan. Balqis kini adalah seorang Guru Sains di sebuah Sekolah Rendah Agama berhampiran kampung.

Pun begitu konflik keluarga membataskan hubungan mereka apabila Ayah Balqis iaitu Pak Deraman telah cuba menjodohkan Balqis dengan ketua kumpulan ajaran sesat tersebut. Semua itu terpaksa dilakukan semata-mata atas perjanjian mereka yang telah menyokong Pak Deraman dilantik sebagai Imam.

Lalu bagaimanakah kesudahan bagi Salahuddin? Mampukah dia meyakinkan orang kampung? Apakah pula penghujung cerita bagi Salleh dan berjayakah kebenaran menyatukan cintanya bersama Balqis?

Babak dalam Imam

kemunculan Ezani dalam Imam

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan