Mila Jirin - Google Blog Search |
- <b>Mila Jirin</b> Melobi Dengan Kekasih? | buahmulut.com
- Lirik Lagu Cinta Kasih <b>Mila Jirin</b> ft. Nubhan » Bukan Cincai ®
- <b>Mila Jirin</b> Jadi Tauke Besar Restoran Thai | MyNewsHub
<b>Mila Jirin</b> Melobi Dengan Kekasih? | buahmulut.com Posted: 28 Feb 2013 09:12 AM PST Agak lama kami tidak bertemu Mila Jirin, khabarnya sudah mengurangkan aktiviti nyanyianya dan kini beralih pula ke bidang pengurusan acara yang katanya lebih lumayan. Ditanya kenapa dia kini sudah beralih arah kebidang lain pula, Mila menjelaskan yang semua ini adalah sudah rezeki yang ditetapkan untuknya. Tambahnya juga bidang yang diceburinya kini masih bersangkut dengan dunia hiburan, cuma kini dia lebih selesa bertindak di belakang tadbir sahaja. "Ini merupakan kali ke-2 Mila terlibat dengan pengurusan acara di Karnival Wow Putrajaya. Sebelum ini Mila hanya bernyanyi saja. Entah macam mana terdetik pula nak jadi pengurus acara dan setelah perbincangan diadakan dengan pihak berkaitan akhirnya Mila diberi tanggunjawab untuk menguruskan acara di Karnival Wow Putrajaya selama 2 tahun berturut-turut." Jelasnya. Bagaikan sudah dapat membaca apa soalan yang bakal ditanya selepas itu, Mila seperti kami duga pantas menidakkan soalan yang ditanya kepadanya tentang kebenaran yang dia kini sedang berkawan 'rapat' dengan seseorang yang berjawatan tinggi di Perbadanan Putrajaya, sehingga 2 tahun berturut-turut diberi kepercayaan mengendalikan karnival besar itu. "Taklah, Mila tak guna 'orang dalam' pun untuk dapat job ni. Mila anggap ini semua rezeki dan tanggunjawab yang besar diletakkan keatas bahu Mila. Nak kata melobi sangat pun tak juga. Lagipun Mila dah mula jatuh cinta dengan kerjaya baru sperti ini." Menyentuh berkaitan soal nyanyianya pula Mila nyata tidak berputus asa di dalam bidang yang pernah mempopularkanya tidak lama dahulu walaupun sambutan terhadap Albumnya yang terbaru pada tahun lepas kelihatan agak sendu. Ujarnya lagi "Album tu tahun lepas Mila ada keluarkan, tapi tu la sambutanya macam sendu je dan tak ada sambutan. Dekat radio pun jarang dimainkan lagu Mila. Nak salahkan stesen radio pun tak boleh jugak sebab tak mainkan lagu Mila. Jadi nak taknak terima jela" Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !! |
Lirik Lagu Cinta Kasih <b>Mila Jirin</b> ft. Nubhan » Bukan Cincai ® Posted: 08 Mar 2013 07:23 AM PST Lirik Lagu Cinta Kasih Mila Jirin ft. Nubhan (OST Cinta Qaseh) Mila NubhanKu anggap selamanya tak pernah berubah Biarkan hati ini MilaTiada daya diri ini Mila + Nubhan Mila Nubhan Tag : Lyrics |
<b>Mila Jirin</b> Jadi Tauke Besar Restoran Thai | MyNewsHub Posted: 07 Feb 2013 11:39 PM PST KUALA LUMPUR – Bermula dengan hanya menjadi pelanggan tetap di restoran Embun Urai Puchong, penyanyi, Mila Jirin akhirnya mampu memiliki restoran itu sendiri mulai Januari 2013. Memetik laporan Murai.com, hari ini, Mila memberitahu sebagai artis muda dia mahu melangkah jauh dengan bergelar usahawan. "Restoran ini sudah pun dua tahun beroperasi. Dulu saya pelanggan kemudian bertukar menjadi kawan kepada pemilik restoran. "Dari situ, saya berubah sikit-sikit menjadi rakan kongsi sehinggalah sekarang ini restoran berkenaan sudah menjadi milik saya sepenuhnya," katanya. Tambahnya, restoran itu dibuka setiap hari bermula dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Menjelaskan mengenai kariernya pula, Mila berkata, dia masih lagi aktif menyanyi dan baru saja muncul dengan lagu terbaru berjudul Cinta Kasih. "Menerusi lagu Cinta Kasih, saya berduet dengan Nubhan. Lagu ini dicipta oleh komposer yang sama dengan lagu Ombak Rindu iaitu Nur Zaidi. Lagu ini adalah projek istimewa saya dengan Nova Music. "Saya dapat projek ini pun secara kebetulan. Lagu ini telah pun digunakan untuk drama di TV3 berjudul Cinta Kasih. Tahun ini, saya tidak akan ke luar negara lagi kerana banyak projek yang saya perlu lunaskan di Malaysia," jelasnya. Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Mila Jirin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan