Nuffnang

Ahad, 31 Mac 2013

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Serius Ceburi Bidang Muzik | MyNewsHub

Posted: 13 Mar 2013 10:16 PM PDT


Pengarah dan pelakon, Shamsul Yusof kini menambah satu lagi 'P' iaitu penyanyi dalam resume kerjayanya dalam bidang seni tanah air.

Dia kini terlibat dengan sepupunya, Dr Anwar Fazal dengan menubuhkan Band Burn & Soul yang menyanyikan lagu-lagu berunsurkan islamik serta kesedaran.

Meskipun sibuk dengan pembikinan filem terbarunya, KL Gangster 2, ia tidak menghalang pengarah muda ini untuk menjayakan minatnya dalam bidang muzik.

"Ramai tak tahu saya terlibat muzik.  Saya dah menghasilkan empat single, tetapi lagu saya tak dimainkan di radio," katanya kepada Sinar Harian Online.

Walaupun lagunya tidak dimainkan di stesen radio, Syamsul, 29, menyatakan bahawa dirinya sangat serius dalam bidang muzik dan dia juga menyatakan lebih puas menjadi pengarah daripada berlakon.

Baguslah, muda-muda sudah bermacam projek yang dijayakan.

Semoga Syamsul terus sukses dalam kerjayanya yang baru itu.

Oleh: JULIANA JOHAR

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Zamani 84: <b>Syamsul Yusof</b> & Yusof Haslam Bergaduh??

Posted: 06 Feb 2013 06:21 PM PST

Terjumpa satu entri yang disediakan oleh seorang rakan blogger di side bar blog- BLOG SI KARAP & rasa macam tak percaya apa yang dibaca. SYAMSUL YUSOF & YUSOF HASLAM BERGADUH? Betul ke? Ada eloknya, kita membaca dulu artikelnya di pautan di bawah ini:

<b>Syamsul Yusof</b> Kahwin Siswi Perubatan 2 Tahun Lagi

Posted: 17 Jul 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Walaupun pada awalnya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 28, agak keberatan untuk berkongsi cerita tentang kisah cintanya kepada pihak media, namun akhirnya anak kepada produser filem Dato' Yusof Haslam ini tidak dapat membendung perasaannya bahawa dia kini sedang bahagia dilamun cinta.

Malah, Syamsul Yusof yang seronok berlakon dalam filem SAM, arahan adiknya, Syafiq Yusof juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dia mungkin bakal berumahtangga sebelum usianya mencecah usia 30 tahun.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua.

"Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon.

"Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama," katanya di tayangan filem SAM di Mid Valley, malam semalam.

Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan nama teman wanitanya itu kepada umum kerana risau akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak.

"Insya-Allah, saya akan berkahwin sebelum usia saya mencecah 30 tahun. Lebih kurang 2 tahun saja lagi. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan dia. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham.

"Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak tahu kami berkawan tapi masih belum ada berkesempatan untuk berjumpa keluarga masing-masing. Sekarang ini, kekasih saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej.

"Dia mengambil jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor. Sekali lagi,saya tak mahu kecoh dan kalau boleh saya mahu cuba membahagikan bidang glamor dan kerjaya dengan seimbang," jelasnya kepada murai.com.my.

Sementara itu, anak muda yang semakin selesa menjadi pelakon ini berhasrat menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sebagai orang biasa dan bukannya sebagai selebriti dikenali.

"Dia tahu saya siapa. Namun, saya harap dia terima saya seadanya sama seperti lelaki yang lain. Apapun, saya bersyukur apabila saya dikatakan menjadi lelaki idaman Malaya selepas lebih banyak berkecimpung dalam bidang lakonan.

"Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen apa bila saya dikategorikan sebagai lelaki hot ini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan terima kasih dan teruslah menyokong saya baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengarah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan