Nuffnang

Ahad, 31 Mac 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


<b>Faizal Hussein</b> Mahu Kepercayaan Penonton - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 12:43 AM PST

"Ini merupakan watak paling sukar sepanjang kerjaya saya," kata pelakon Faizal Hussein yang meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25)  menerusi filem 'Bunohan' pada Sabtu lalu.

Membawa watak pembunuh upahan bernama Ilham, Faizal terpaksa berlakon di lubuk buaya, berjemur di bawah terik mentari dan rambutnya dipotong sendiri oleh pengarah Dain Iskandar Said bagi menjayakan filem ini.

"Segala susah payah ketika melakonkan watak Ilham berbaloi dengan penghargaan yang saya terima pada malam ini (Sabtu). Saya bersyukur kerana terlibat dengan projek 'Bunohan'," ujar Faizal.

Ketika berucap di pentas, pelakon lelaki ini sempat berseloroh bahawa dia bersyukur apabila pelakon Eman Manan tidak tercalon untuk FFM kali ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah ditewaskan oleh Eman Manan untuk kategori yang sama pada tahun 1993. Ketika itu dia tercalon menerusi filem 'Kanta Serigala'.

"Saya tewas kepada Eman Manan pada tahun tersebut. Sejak daripada itu, saya tidak lagi bertanding untuk FFM sehinggalah tahun ini," ujar Faizal yang turut berkongsi bahawa Eman Manan merupakan pesaing terdekatnya dan dia sentiasa mengagumi pelakon itu.

Bakal tampil dengan filem 'Longkai' terbitan Metrowealth Sdn. Bhd (MIG), menurut Faizal dia ingin membawakan watak-watak yang sukar.

"Sejak dari tahun 2000, saya hanya memegang watak-watak antagonis. Selepas 'Bunohan', saya berharap  dapat membawa watak yang susah seperti watak Ilham ini," ujar Faizal lagi.

Anak kepada seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan ini turut berkongsi bahawa dia dan rakan-rakan seperjuangan yang 'sezaman' dengannya ingin meraih semula kepercayaan penonton bahawa mereka masih mampu memegang watak-watak utama dalam filem dan drama.

Pertama Kali Terima Anugerah- <b>Faizal Hussein</b> | MyNewsHub

Posted: 03 Mar 2013 08:05 PM PST


Walaupun pelakon, Faizal Hussein sudah berpuluh tahun berkecimpung di dalam bidang seni, namun baru tahun ini dia berpeluang menerima anugerah di Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Bunohan.

Malah, anugerah yang diterimanya itu adalah yang pertama kali di dalam hidupnya.

Menerusi Rotikaya, hari ini, Faizal, 45, menyatakan rasa syukurnya apabila Dain Iskandar Said telah memberi kepercayaan kepadanya untuk membawakan watak berkenaan awalaupun ada yang meminta agar wataknya diganti dengan pelakon lain.

Tambahnya lagi di dalam Bunohan, dia melalui pengalaman dimana Dain Said sendiri memotong rambutnya dan merasai berlakon di lubuk buaya.

Maka, kemenangannya pada malam Sabtu lalu adalah satu penghargaan yang tidak ternilai buatnya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Faizal Hussein</b>: Isteri Faham Kerjaya Saya | MyNewsHub

Posted: 18 Mar 2013 09:28 PM PDT


Selepas meraih kejayaan menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 baru-baru ini, Faizal Hussein tidak menafikan dia menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak.

Faizal, 46, yang sudah mendirikan rumah tangga dengan Suhaila Sulaiman bersyukur kerana isterinya sangat memahami kerjayanya yang sibuk dan tidak cemburu apabila dia digandingkan bersama-sama dengan pelakon wanita yang lain.

"Sebenarnya, saya sangat bersyukur mendapat Suhaila sebagai isteri, sebab dia jenis yang tidak cemburu dalam segi kerja. Tetapi saya tahu hati dia, seorang isteri, mestilah dia ada rasakan?

"Semestinya dia harus tahu, apabila dia berkahwin dengan pelakon, apa yang akan terjadi. Tapi sebab dia dah tahu suami dia macam mana, jadi, dia sudah yakin seratus peratus pada saya," katanya.

Tambahnya, "jangan salah gunakan kepercayaan isteri sudahlah," katanya yang dipetik melalui Sinar Harian Online.

Faizal yang sudah menceburi bidang lakonan sejak 30 tahun lalu kini telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang kian membesar iaitu Fazryn, 8, dan Fazrick, 5 tahun.

Pelakon tinggi lampai ini juga berkata dia lebih menumpukan kepada keluarga sekiranya tidak terikat dengan sebarang penggambaran kerana mahu memantau sendiri perkembangan anak-anaknya itu.

Baguslah begitu Faizal, luangkan lebih masa bersama mereka kerana anak-anak merupakan amanah yang harus dijaga dengan sebaiknya agar mereka tidak rasa kekurangan kasih sayang daripada kedua ibu bapa mereka.

Oleh: JULIANA JOHAR

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan