Kilafairy - Google Blog Search |
- Tolak Tawaran 5 Filem, <b>Kilafairy</b> Bosan Dengan Watak Seksi <b>...</b>
- <b>Kilafairy</b> Dah Pandai Demand?
- <b>Kilafairy</b> bukan Artis murahan ~ relevan sokmo
Tolak Tawaran 5 Filem, <b>Kilafairy</b> Bosan Dengan Watak Seksi <b>...</b> Posted: 17 Mar 2013 01:09 AM PDT Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy terpaksa tolak 5 buah filem disebabkan watak yang memaksa dirinya tampil seksi dan berkemban. Menurut Kilafairy atau lebih mesra dengan panggilan Kila dia tidak lagi mahu merosakkan namanya dan mengaitkan dirinya dengan kontroversi murahan seperti yang pernah terjadi ketika menjayakan watak di dalam filem "Karak". Di dalam filem tersebut dia perlu melakonkan satu babak yang memerlukan Kila bekemban dan watak tersebut mencetuskan kontroversi. "Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya. Walaupun tahu sikap memilih kadang kala mengurangkan publisiti terhadap dirinya, Kila sejujurnya memberitahu tidak kisah jika kurang publisiti asalkan setiap watak yang dijayakan kelak akan memberikan impak kepada penonton dan mereka sendiri akan mengingati lakonan yang bagus. |
<b>Kilafairy</b> Dah Pandai Demand? Posted: 05 Mar 2013 02:42 AM PST SATU perkara yang menampakkan kematangan seseorang insan adalah bagaimana dia menghormati manusia dan persekitaran di sekelilingnya. Malang sekali, ada kata-kata kurang enak yang terdengar perihal sikap artis muda yang dikenali sebagai Kilafairy ini apabila dikatakan tidak menghormati profesion pihak media terutama jurufoto profesional sesebuah syarikat penerbitan. |
<b>Kilafairy</b> bukan Artis murahan ~ relevan sokmo Posted: 12 Mar 2013 08:00 PM PDT Kilafairy Kehadirannya dalam dunia seni pernah dipertikaikan apabila dianggap sebagai menambahkan lagi bilangan artis yang bersandarkan pada publisiti murahan semata-mata.Jika disorot kembali kemunculan anak dara penyanyi veteran, Rohana Jalil ini, semuanya berkisar kepada kisah cinta, ditaja VIP dan dakwaan menyuntik bibir agar kelihatan lebih seksi. Walaupun cerita itu dinafikan empunya badan, namun ia terus membelenggu Kilafairy sehingga dia bangkit membuktikan dirinya juga punya bakat besar untuk dipertaruhkan dalam industri. Sebagai bukti, drama Saiful Nita yang disiarkan di TV3 tahun lalu menjadi titik tolak untuknya menepis dakwaan dirinya sekadar artis picisan. Lakonannya sebagai Nita yang terheret dalam pelbagai masalah selepas dipaksa kahwin dikira membanggakan dan mendapat pujian ramai. Kejayaan itu sekali gus membenamkan pandangan skeptikal khalayak terhadap artis sepertinya. Mengulas lanjut, Kilafairy atau lebih akrab disapa sebagai Kila berkata, apabila mengambil keputusan menceburkan diri dalam bidang seni, dia bukanlah main-main atau hanya mengejar glamor. Gosip lumrah hidup artis "Saya faham ramai yang mempunyai pandangan sebegitu kerana melihat dan membaca pelbagai gosip terutama membabitkan artis muda yang semakin ramai hari ini. Percayalah, tidak semua mengharapkan publisiti sebegitu walaupun ada yang menganggap itulah jalan mudah untuk popular. Dia tidak lagi mahu membawakan watak sebegitu kerana tidak ingin dilabel stereotype, selain mendengar nasihat ibunya sendiri. Menyanyi di malam kemuncak ABPBH Pada malam kemuncak ABPBH nanti, pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan akan mempamerkan kebolehannya menyanyi bersama beberapa artis remaja lain. Terlanjur bercakap soal nyanyian, gadis berusia 20 tahun ini sudah pun muncul dengan single kedua berjudul Pasti, yang kini rancak diputarkan di corong radio. Meskipun sebelum ini dia dikenali sebagai penyanyi yang mampu membawakan lagu Bollywood dengan baik, namun untuk single terbaru, dia mencuba rentak soul. "Ramai juga yang hairan kenapa saya tak rakamkan lagu Bollywood? Kalau ada yang tak tahu, irama soul ialah muzik kegemaran saya. Memang dari dulu saya teringin untuk membawakan lagu berjiwa seperti ini. Kini tiba masanya saya mempromosikan lagu ini selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran RTM. "Saya memang tak suka buat dua tiga kerja dalam satu masa," katanya Sumber BH |
You are subscribed to email updates from Kilafairy - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan