Nuffnang

Khamis, 6 Mac 2014

Faezah Elai - Google Blog Search

Faezah Elai - Google Blog Search


<b>Faezah Elai</b> Tolak Watak Jahat Selepas Bergelar Ibu – Perak Today

Posted: 25 May 2013 08:27 PM PDT

Pelakon Faezah Elai mengakui selepas bergelar ibu pada Februari lalu, dia lebih memilih watak yang ditawarkan.

Pelakon berusia 31 tahun ini berkata, dia tidak mahu melakonkan watak-watak antagonis dan jahat bagi menjaga status sebagai seorang ibu dan menjaga perasaan anak-anaknya.

"Kalau boleh saya tidak mahu watak-watak yang jahat, sebarang tawaran yang datang saya akan rujuk dulu kepada suami dan minta pandangan dia.

"Saya tidak mahula nanti anak-anak saya akan bertanya tentang watak itu, sekarang anak-anak tiri saya turut tinggal bersama kami," katanya.

Tambahnya, selain watak, Faezah turut mengambil berat soal waktu penggambaran yang akan dilakukan tidak terlalu lewat.

"Saya beritahu pengarah awal-awal bahawa saya perlu pulang sebelum pukul 11 malam.

"Sekarang bukan macam dulu, banyak tanggungjawab dirumah untuk tengok keperluan anak-anak," katanya.

Faezah Elai berkahwin dengan Heykal Hanifah, 39, di kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang pada 9 September tahun lalu.

Ditanya tentang perancangan menambah cahaya mata, kata pelakon Tanda Putera ini, buat masa ini dia mahu menumpukan perhatian kepada anak pertamanya yang diberi nama Dealova Heyrinna, berusia tiga bulan.

"Buat masa ini belum lagi, tunggu dia besar dulu baru fikir untuk yang seterusnya," katanya.

Kata Faezah, hidupnya lebih bahagia selepas kelahiran Dealova, biarpun agak kelam-kabut dalam membahagikan masa dan urusan kerjaya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan