Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
- Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh <b>Sharnaaz Ahmad</b> |
- <b>Sharnaaz Ahmad</b> Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati <b>...</b>
- <b>Sharnaaz Ahmad</b>: Minta Maaf Atau Berdepan Saman Maksimum <b>...</b>
Nisdawati Dakwa Dimarah Dan Dimaki Oleh <b>Sharnaaz Ahmad</b> | Posted: 23 Feb 2014 06:45 PM PST Nampak gayanya nama Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang daripada kontroversi. Baru sahaja "diam" selama 2,3 bulan, hari ini nama Sharnaaz Ahmad kembali menjadi panas. Mana tidaknya, Nisdawati mendakwa pelakon lelaki itu telah memaki dan memarahi dirinya di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta. Kejadian yang berlaku pada 19 Februari dan 21 Februari lalu di Kuang, Sungai Buloh menyaksikan Sharnaaz memarahi dan cuba menyerang Nisdawati. Cerita Nisdawati menerusi Harian Metro hari ini:-
Suami Nisdawati, Fauzi Nawawi turut sama berkongsi SMS berbaur ugutan yang diterimanya daripada Sharnaaz. SMS tersebut dihantar oleh Sharnaaz selepas Fauzi Nawawi meminta penerangan kenapa isterinya ditengking. SMS tersebut tertulis seperti di bawah:-
Laporan polis telah pun dilakukan oleh Fauzi Nawawi dan Nisdawati mengenai tindakan Sharnaaz Ahmad ini. Sama-samalah kita nantikan hasil siasatan. Sukar juga untuk mengetahui kebenaran cerita ini. Pastinya ada saksi yang terdiri daripada kru penggambaran drama ini yang boleh tampil untuk membantu siasatan. Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Sharnaaz Ahmad</b> Dakwa Digelar “Anjing Kurap” Oleh Nisdawati <b>...</b> Posted: 25 Feb 2014 06:11 PM PST Nampaknya kemelut antara Sharnaaz Ahmad, Nisdawati dan Fauzi Nawawi semakin meruncing. Ketiga-tiganya percaya mereka berada di pihak yang benar. Terbaru menerusi Harian Metro hari ini, Sharnaaz mahukan Nisdawati dan Fauzi Nawawi meminta maaf kepadanya dalam seminggu. Seandainya gagal berbuat demikian, Sharnaaz akan menyaman pasangan suami isteri itu.
Menurut Sharnaaz lagi, Lisdawati sering memburukkan dirinya di lokasi tanpa sebab lantas menyebabkan dirinya menengking pelakon wanita itu. Tambah Sharnaaz lagi:-
Sharnaaz juga telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Nampaknya kemelut ini tidak akan berakhir dengan mudah. Pening kepala Abang Nara dibuatnya. Tak tahu siapa yang bersalah. Sama-samalah kita nantikan dalam masa seminggu ini. Mana tahu Fauzi dan Nisdawati akan minta maaf sekaligus menamatkan segala kontroversi yang berlaku. P.S: Senarai kawasan catuan air di Selangor Baca Yang Ini Pulak:- |
<b>Sharnaaz Ahmad</b>: Minta Maaf Atau Berdepan Saman Maksimum <b>...</b> Posted: 25 Feb 2014 04:31 PM PST Keras amaran atau kata dua yang diberikan Sharnaaz Ahmad kepada pasangan suami isteri, Lisdawati & Fauzi Nawawi selepas mereka tampil mengadu di media berkaitan 'serangan' dan ugutan yang dilakukan jejaka itu. BACA: Sharnaaz Ahmad Nafi Dakwaan, Tidak Bodoh Mahu Serang Wanita Hamil Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata beliau memberikan tempoh seminggu kepada Fauzi Nawawi dan isterinya untuk meminta maaf secara terbuka atau bakal berhadapan dengan tindakan undang undang. "Saya bagi masa seminggu kepada Poji (Fauzi) dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku" "Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya" "Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman (daripada) saya semaksimum mungkin," ujar Sharnaaz Ahmad tegas. (rtky/m) |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan