Nuffnang

Khamis, 6 Mac 2014

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


Wajah Semakin Tampan, Edry (<b>KRU</b>) Sangkal Lakukan Botoks <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 01:43 PM PDT

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim menyangkal desas-desus yang mengatakan kononnya dia telah melakukan suntikan botoks pada wajahnya supaya kelihatan lebih muda dan tampan.

Edry, 37, berkata, gosip berkenaan langsung tidak mempunyai asas yang kukuh dan dia enggan melayan cerita tidak benar tentangnya yang hebat diperkatakan di Internet berhubung hal itu.

"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Program Liga Juara Hot FM – 100 Plus di Restoran Full House, di sini, Selasa.

Tambah Edry, dia tidak akan berselindung sekiranya benar dia melakukan perubahan pada wajahnya.

Edry menganggap cerita yang mengatakan dia menggunakan botox adalah tidak masuk akal.
Malah kata Edry dia hanya ketawa apabila cerita kurang enak itu sampai ke pengetahuannya.

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan," katanya.

Dalam pada itu, Edry berkata, perubahan pada wajahnya mungkin disebabkan oleh faktor dia aktif bersenam sebagai rutin harian hingga susuk tubuh dan wajahnya kelihatan berbeza.

Tambah Edry, kekerapannya mengubah gaya rambut dengan pelbagai fesyen turut membuatkan dia kelihatan berbeza pada pandangan mata masyarakat.

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Edry berkata, dia teruja untuk menyertai program Liga Juara Hot FM-100 Plus bersama-sama selebriti dan pemain bola sepak tempatan yang lain bagi mendekatkannya dengan peminat menerusi aktiviti sukan futsal.

"Saya akan terlibat dalam semua lokasi yang dirancang oleh pihak Hot FM kerana saya sendiri meminati sukan futsal. Selain dapat beriadah melalui aktiviti sukan program ini juga dapat mendekatkan saya dengan peminat," ujarnya.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan