Nuffnang

Khamis, 6 Mac 2014

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Konsert Hambar, <b>Jamal Abdillah</b> Janji Perbaiki Kelemahan – Perak <b>...</b>

Posted: 30 May 2013 05:39 AM PDT

Persembahan hambar pada malam previu konsert solo Jamal Abdillah, P.Ramlee Dalam Kenangan adalah disebabkan tidak mendapat kerjasama Istana Budaya bagi melakukan latihan.

Penyanyinya iaitu Jamal Abdillah berkata, pihaknya hanya dapat melakukan raptai penuh pada sesi previu di Panggung Sari, pusat kebudayaan itu pada Rabu malam (malam tadi).

"Saya akui masih banyak yang perlu dibaiki lagi pada malam esok (Khamis), ini kerana peluang melakukan latihan di pentas sebenar cukup terbatas.

"Kita tidak dapat kerjasama daripada Istana Budaya seperti konsert-konsert sebelum ini dan kami terpaksa melakukan latihan di RTM secara berperingkat-peringkat," katanya ketika ditemui pada sidang media malam pratonton konsert itu di sini Rabu malam.

Bagaimanapun, Jamal berjanji akan memberi yang terbaik dan perbaiki kekurangan pada empat malam seterusnya.

Konsert sempena genap 40 tahun pemergian Tan Sri P.Ramlee itu akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 30 Mei hingga 2 Jun depan.

Pada malam pratonton tersebut, Jamal membuka pentas dengan menyanyikan beberapa lagu popular P.Ramlee secara rantaian iaitu Bunyi Gitar, Madu Tiga, Aduh Sayang, Ai Ai Twist dan Hanya Dikau.

Bagaimanapun secara keseluruhan konsert tersebut pada malam itu kelihatan mendatar dengan audio bunyi yang sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi penonton.

Selain itu, pada konsert kali ini Jamal dilihat kurang berinteraksi dengan penonton.

Bagaimanapun, dari segi penghayatan, vokal dan persembahan bertenaga penyanyi ini tidak dapat disangkal sehingga mampu membawa penonton tersentuh ketika mengimbau kenangan Allahyarham P.Ramlee.

Sementara itu, Jamal berkata, pemilihan lagu-lagu yang dinyanyikan pada malam itu dibuat berdasarkan beberapa filem-filem popular lakonan P.Ramlee.

"Kita memilih lebih kurang 30 buah lagu popular Allahyarham mengikut filem-filem beliau yang diingati sepanjang zaman.

"Bagaimanapun untuk malam-malam akan datang saya akan tukar mengikut kesesuaian," katanya.

Antara lagu yang dipilih seperti Istana Cinta, Engkau Laksana Bulan, Barang Di Lepas Jangan Dikenang, Kwek Mambo, Di Mana Ku Cari Ganti, dan Gelora Jiwa.

Penyanyi lain yang turut menjayakan konsert ini adalah cucu P.Ramle iaitu Najua, Musly Ramly, Isma Alif, Nas Adila dan Azlina Aziz.

Sementara itu, Ketua Pengarah Istana Bdaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, konsert Jamal Abdillah kali ini bukan anjuran bersama pihak Istana Budaya membuatkan mereka tidak dapat menyediakan lokasi untuk tujuan latihan.

"Istana Budaya tidak menyediakan tempat latihan kerana konsert kali ini bukan kerjasama bersama Istana Budaya seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Jamal telah menggunakan khidmat orkestra daripada pihak luar dan hanya penggunaan pentas sahaja di Istana Budaya, jadi keutamaan hanya diberikan kepada program di bawah anjuran kami," katanya.

Walau bagaimanapun, kata Mohamed Juhari, seperti tahun-tahun sebelum ini, nama Jamal Abdillah sendiri sudah kuat untuk menarik penonton datang menyaksikan setiap persembahannya.

Manakala, penjualan tiket sudah melebihi 80 peratus, namun ia masih lagi dibuka kepada yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini.

-mStar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan