suki oiam - Google Blog Search |
<b>Suki</b> Luaskan Kerjaya Seni Ke Hong Kong Januari Depan – Perak <b>...</b> Posted: 04 Nov 2012 12:00 AM PDT Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, berkata, dia telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman Skyco Asia Ltd dan akan merakamkan sebuah album dalam Bahasa Mandarin. "Saya akan ke Hong Kong dan bakal merakamkan album berbahasa Mandarin bagi pasaran negara itu termasuklah Beijing dan Taiwan. "Ia satu peluang yang besar untuk saya dalam membina nama di sana. "Setakat ini, material lagu sudah pun ada, tinggal nak pilih sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online, dekat sini, Jumaat. Tambah bekas juara One In A Million (OIAM) ini, walaupun pernah melalui pengalaman ditipu oleh syarikat pengurusan Galaxy Music Sdn. Bhd. yang pernah berjanji mahu mengembangkan kariernya di Taiwan, dia tidak akan serik untuk bekerjasama dengan syarikat luar. "Jika mahu berjaya, kita harus melalui pengalaman pahit dahulu dan kita tidak boleh hidup dalam ketakutan walaupun pernah ditipu. "Ia sebahagian daripada cabaran hidup. Bagaimanapun, untuk kerjasama dengan syarikat baru, saya belajar daripada pengalaman lalu dan setiap perkara dalam kontrak yang ditandatangani dititikberatkan dengan bantuan peguam. Doakan saya berjaya di sana," ujarnya. Sementara itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini tidak akan meninggalkan para peminatnya dengan tangan kosong kerana dia juga akan muncul dengan album berbahasa Malaysia terbaru yang dijangka akan dilancarkan sebelum dia bertolak ke Hong Kong. Untuk album yang masih lagi belum diberi judulnya itu, komposer-komposer ternama seperti Ajai, Shazzy, dan Irang Arkad turut terlibat menghasilkan lagu-lagu terbaik buatnya. "Bagaimanapun saya juga akan muncul dengan lagu single kedua iaitu Untuk Dirimuciptaan Irang Arkad. "Selepas kejayaan single pertama iaitu Terlalu Mencintaimu, saya percaya peminat turut menantikan lagu baru daripada saya," katanya. Dalam pada itu, Terlalu Mencintaimu dipilih bagi menyertai saringan akhir Muzik-Muzik ke-27. Pada 9 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Galaxy Music mengembalikan jumlah wang sebanyak RM367,575.17 dan membatalkan kontrak perjanjian sebagai pihak pengurusan Suki atas dakwaan melanggar perjanjian yang ditandatangani. - mStar Online |
Selepas Berkahwin, <b>Suki OIAM</b> Tak Mahu Anak | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 04 Dec 2012 08:05 PM PST '+ ' Subject: Message: Kini Trending Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu, ' Suki One In A Million (OIAM) dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 12 Disember ini. Sebuah majlis tertutup di sebelah pengantin lelaki bakal diadakan di Pulau Pinang dan konsep yang bakal dipilih adalah perkahwinan dalam taman serta diatas sebuah kapal Star Cruise. Menurut Suki, pasangannya Jeremy mempunyai ciri-ciri lelaki idaman dan mereka saling memahami antara satu sama lain. "Dia (Jeremy) selalu bersama saya termasuk berulang-alik dari Malaysia ke Taiwan dan Hong Kong sebelum ini. Saya rasa selamat apabila bersamanya. Dia juga tidak pernah mengongkong saya." "Kami tidak berselindung antara satu sama lain. Dia seorang pendengar yang setia, malah memahami kerjaya saya sebagai seorang penyanyi. Dia sentiasa mahukan yang terbaik buat saya dan kami saling mempercayai," komen Suki mengenai teman lelaki. Dalam pada itu, Suki akui masih belum bersedia untuk bergelar seorang ibu dan penyanyi ini memerlukan masa untuk menstabilkan kewangan serta kehidupan berkeluarga yang bakal dibina tidak lamam lagi. "Soal anak, kami belum terfikir lagi. Tunggulah dua atau tiga tahun sebab buat masa sekarang kami mahu stabilkan kewangan dan kehidupan berkeluarga terlebih dulu." Sumber : Kosmo Online! |
You are subscribed to email updates from suki oiam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan