Fizo Omar - Google Blog Search |
Bawa Isteri Pun Jadi Isu Jugak? – <b>Fizo Omar</b> | - Beautifulnara Posted: 04 Mar 2014 06:58 PM PST Tergelak besar Abang Nara membaca kata-kata yang dikeluarkan oleh Fizo Omar menerusi laman Facebooknya berkenaan dengan satu artikel mengenai dirinya dan isteri. Mana taknya, Fizo sendiri pelik apabila perbuatannya membawa isteri ke mana-mana dijadikan isu. Gambar di bawah dikongsikan oleh Fizo dengan caption berbunyi "Ai!!! Bwe isteri ke mana-mana pun jadi isu gak??? Hmmmm.". Daripada kebanyak komen yang ditulis oleh para peminat Fizo, ramai yang melahirkan rasa kehairanan dengan isu ini. Bagi mereka, isteri yang dah halal sepatutnya tidak menjadi masalah untuk dibawa ke mana-mana menemani suami. Apa yang dijadikan isu ialah mereka yang berkepit siang dan malam tanpa ikatan yang sah di sisi agama. Lagipun tempat seorang isteri sememangnya sentiasa di sisi suaminya. Dunia sekarang ini memang macam-macam sikit. Abang Nara suka dan gembira apabila Fizo sering membawa isterinya ke mana-mana. Nampak sangat ikatan mereka sangat mesra dan kukuh. Lagipun orang kata, dekat di mata dekat di hati. Kita kenalah faham yang mereka pun baru berkahwin. Bagi peluanglah untuk mereka berkepit lebih sikit. Tak gitu? Apa pula pendapat anda? Lagi beberapa gambar Fizo Omar dan isterinya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. P.S: Higgs si kucing beg sandang Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Fizo Omar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan