Nuffnang

Sabtu, 8 Mac 2014

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


<b>Misha Omar</b> Nikah Mei 2014 / Lirik & Music Video @LaguBestBest

Posted: 21 Feb 2014 12:00 AM PST

Misha Omar 32 tahun dah confirmed kat paper yang dia dan bakal suami pilotnya Firos Ezzwan Rosly akan nikah pada bulan Mei 2014 nanti. Kursus kahwin dah buat, bertunang sudah, jadi tinggal nak salam 'aku terima nikahnya Misha binti Omar Ismali..' depan tok kadi je nanti.

Misha Omar dan Suami Pilot

Nikah Mei 2014
- Atas permintaan ibu Zainab sebagai mengambil berkat bulan Rejab
- Tarikh sebenar akan ada dalam kad jemputan kahwin nanti.
- Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Hotel Renaissance Kota Bharu Kelantan.

Trauma Sebab Perkahwinan Dua Kali Tertangguh
- 12 Feb 2013 tak jadi sebab beri peluang Feros menjalani latihan kerjaya (Pilot Training MAS).
- 21 Feb 2014 tak jadi sebab ibunya sedang berkabung kematian (PS: Alfatihah) ayah Omar Ismail pada Nov 2013.

Tiada Hantaran Mahal
Cuma mas kahwin dan hantaran 5 dulang masing-masing berupa hadiah terpulang kepada pihak lelaki tanpa syarat dan..
- Mas kahwin pun tak perlu beri wang.
- Tiada hantaran barangan berjenama.

Majlis kahwin Misha Omar dan Firos akan dilakukan sederhana sahaja dengan kehadiran keluarga terdekat sebab katanya dia (Misha Omar) lebih memikirkan kehidupan selepas berkahwin.

PS: Misha Omar memberi berita gembira buat peminat yang dia sekarang dalam proses menyiapkan album muzik yang baru. Mengikut rancangan akan dipasarkan pada tahun ini 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan