Maya Karin - Google Blog Search |
<b>Maya Karin</b> Tak Harap Akan Kahwin Tahun Ini | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 16 Feb 2014 08:01 PM PST '+ ' Subject: Message: Isu & Kontroversi Setelah hampir empat tahun bergelar janda, akhirnya baru-baru ini pelakon jelita, Maya Karin mengakui hatinya kembali dimiliki oleh seorang jejaka yang masih kekal misteri. Sekitar pertengahan tahun lalu, Maya memberitahu dia sedang menjalinkan hubungan jarak jauh memandangkan kekasihnya itu tidak berada di Malaysia. Seperti pasangan bercinta yang lain, sudah semestinya Maya menyimpan hasrat untuk berkahwin sekali lagi namun perkara itu tidak akan berlaku dalam waktu terdekat ini.
Maya juga menegaskan tidak meletak sebarang jangkaan untuk bergelar isteri sekali lagi dan lebih selesa membiarkan waktu yang menentukan segalanya. Maya Karin masih kekal cantik di usia 35 tahun
Dalam perkembangan lain, Maya kini sedang sibuk untuk mempersiapkan album terbarunya yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi. Selain daripada itu, Maya juga akan membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem Sejoli: Misi Cantas Cintas arahan Osman Ali dan digandingkan bersama Bront Palarae sebagai teraju utamanya. Maya dan Bront dapat jolokan pasangan sejoli Maya yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem berkenaan memberitahu watak Gina yang dibawakannya sangat berbeza dan mencabar dirinya sendiri.
Bagi yang rindu untuk menonton lakonan Maya, jangan lupa saksikan Sejoli pada 20 Februari 2014 di pawagam berdekatan. Sementara itu, jom layan gambar-gambar terbaru Maya di bawah ini. |
You are subscribed to email updates from Maya Karin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan