Fizz Fairuz - Google Blog Search |
Almy Nadia Sahihkan Bakal Berkahwin Dengan <b>Fizz Fairuz</b> - OhBulan Posted: 13 Feb 2014 09:34 PM PST '+ ' Subject: Message: Isu & Kontroversi Terkejut kami apabila Fizz Fairuz mengumumkan dia dan kekasihnya Almy Nadia bakal mendirikan rumahtangga pada 30 Mei 2014, mana tidaknya, diam tak diam semua persiapan sudah hampir siap dilakukan. Artikel Berkaitan: Akhirnya, Fizz Fairuz Umum Nikahi Almy Nadia Umum tahu kisah percintaan dua pelakon ini yang pernah dilanda kontroversi bila Fizz secara tiba-tiba mengikat pertunangan dengan wanita lain. Namun, semuanya berakhir bila Fizz dikatakan telah ditipu wanita tersebut. Almy yang masih terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Fizz semalam mengesahkan mereka bakal berkahwin Mei ini. Almy ketika dihubungi memberitahu dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan dan resepsinya nanti, selain terikat dengan jadual penggambaran.
Ditanya mengenai kontroversi yang pernah menghimpit hubungan mereka sebelum ini, Almy berkata masing-masing sudah melupakan perkara yang sudah lepas.
Almy turut meminta peminat untuk mendoakan kebahagian rumahtangga yang bakal dibina dan meminta semua pihak tidak lagi bercakap tentang perkara yang sudah lepas. Dalam perkembangan terbaru, Almy kini sedang menjalani penggambaran bagi drama bersiri 'Janji Jaslina' yang bakal disiarkan di TV3 awal April nanti. |
Akhirnya, <b>Fizz Fairuz</b> Umum Nikahi Almy Nadia | Portal Hiburan <b>...</b> Posted: 13 Feb 2014 01:22 AM PST '+ ' Subject: Message: Isu & Kontroversi Pernah dihimpit kontroversi apabila kisah pertunangannya tidak menjadi, kini Fizz Fairuz akui dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan. Fizz ketika ditemui di set pengambaran filem Cicakman berkata dia kini sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh terdekat ini. Selepas mengikat pertunangan Oktober lalu, Fizz mengumumkan dia sedang giat membuat persiapan majlis pernikahannya bersama Almy Nadia yang bakal berlangsung pada 30 Mei 2014 ini di Pulau Pinang. Fizz dan Almy bakal berkahwin Mei ini
Fizz berkata dia ingin membuka lembaran baru buat dia dan Almy dan tidak mahu lagi mengenang kontroversi yang sudah lama berlalu mengenai pertunangannya dahulu. Ditanya mengenai majlisnya nanti, Fizz berkata majlis resepsi akan dibuat secara sederhana dan dia memberikan Almy sebanyak RM20,000 sebagai wang hantaran. Untuk pengetahuan peminat jejaka kacak ini, dia dan Almy bakal berbulan madu di Maldives atas tajaan Astro. Apapun buat semua pembaca OHBULAN! marilah sama-sama kita ucapkan tahniah buat bakal pengantin ini. Semoga ikatan yang dibina mampu bertahan hingga ke akhir hayat. |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan