Nuffnang

Sabtu, 8 Mac 2014

Syamsul Yusof - Google Blog Search

Syamsul Yusof - Google Blog Search


<b>Syamsul Yusof</b> Mungkin Tunda Majlis Pernikahan | ROTIKAYA

Posted: 06 Mar 2014 01:47 AM PST

Para peminat yang tidak sabar mahu melihat pasangan ini untuk bersatu pada hujung minggu ini mungkin terpaksa menunggu lebih lama lagi selepas ada kemungkinan yang Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal menunda majlis mereka.

Bercakap kepada Sinar Harian, Yusof Haslam berkata kesihatan anaknya itu kini tidak konsisten dan doktor yang merawatnya menjangkakan pengarah popular itu untuk sembuh sepenuhnya empat ke lima hari lagi dalam keadaan dirinya ketika ini.

"Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahulah sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak"

BACA: Disahkan Hidap Demam Denggi, Syamsul Yusof Bakal Nikah Di Hospital

"Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini. Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya"

"Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang," ujar Yusof Haslam.

Yusof Haslam juga berkata yang beliau tidak fikir majlis pernikahan akan berjalan di hospital kerana ianya tidak manis selain mungkin tidak dibenarkan pihak hospital.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan