Nuffnang

Sabtu, 14 April 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


Do not chase Feeling Flirty <b>Fizz Fairuz</b> Cause No Fans | Eyulily.com

Posted: 12 Apr 2012 10:16 PM PDT

class="story_image center; style="width:311px">  Fizz Fairuz.

2 Minggu <b>Fizz Fairuz</b> Hidap Penyakit Ganjil

Posted: 07 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2012: Sedar sesuatu yang ganjil dialami dirinya selepas melakonkan babak akhir drama Waris, pelakon popular Fizz Fairuz telah mendapatkan rawatan tradisional baru-baru ini bagi menyembuhkan kesihatannya.

Bercakap kepada portal murai.com.my semalam, Fizz Fairuz berkata gangguan kesihatan yang disangkanya cuma demam biasa itu merupakan penyakit ganjil yang hanya boleh dirawat secara tradisional.

"Alhamdulillah keadaan saya sekarang sudah seratus peratus pulih. Bagaimanapun saya masih mengamalkan petua perubatan yang diberikan oleh seorang Pak Cik yang merawat saya supaya ianya tidak akan berulang lagi," katanya yang kelihatan cukup ramah dan ceria.

Bercerita mengenai situasi penyakit berkenaan, kata Fizz Fairuz dia mula rasa tidak sedap badan dan kesihatannya mula tak menentu sebaik saja selesai merakamkan babak terakhir drama Waris di Ulu Langat pada 20 Mac lalu.

Menyedari hal itu, dia telah bertemu doktor untuk mendapatkan suntikan bagaimanapun selepas dua minggu keadaan kesihatannya masih tidak menentu dan menyebabkan dia terpanggil untu mendapatkan rawatan secara tradisional.

"Bayangkan ketika menghadiri road tour ABPBH di Johor Bahru baru-baru ini, ramai yang mengatakan saya sombong, muka garang dan tak mahu senyum langsung.

"Sedangkan hakikatnya saya telah senyum dan ramah dengan semua orang yang ada di situ. Saya juga mudah terasa mengantuk, berat badan dan tekak saya seperti disekat

"Tapi selepas berubat tradisional barulah saya diberi tahu bahawa ada mahluk sebesar beruang yang sedang bertenggek di atas bahu saya," jelasnya terperinci.

Menurut Fizz Fairuz, dia sebolehnya tidak mahu percaya dengan perkara aneh sebegitu bagaimanapun selepas apa yang terjadi ke atas dirinya, barulah dia mengerti bahawa wujud perkara ganjil seumpama itu dalam kehidupan seharian.

"Pada awalnya saya sangka hanya sakit biasa, tambahan pula sekarang ini pelbagai jenis penyakit ada dalam kehidupan masyarakat zaman sekarang. Saya tidak mahu percaya perkara seperti ini, tetapi bila terjadi kepada saya, barulah saya percaya.

"Nasihat saya, jika kita masuk ke kawasan asing jagalah pertuturan kata dan jangan cakap besar. Sebagai umat Islam, sebaik-baiknya bacalah selawat sebelum memasuki tempat yang cukup asing kepada kita. Itu sajalah nasihat saya kepada diri sendiri dan semua orang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan