Nuffnang

Sabtu, 14 April 2012

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search

Stephen Rahman Hughes - Google Blog Search


Album Bahasa Melayu <b>Stephen Rahman Hughes</b>

Posted: 07 Mar 2012 09:48 PM PST

Album Bahasa Melayu Stephen Rahman Hughes

Stephen Rahman Hughes sudah ada album penuh di dalam bahasa Melayu yang bertajuk Stephen Rahman Hughes. Menjadikan namanya sebagai tajuk album, lagu-lagu di dalam album yang diedarkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia, memberikan gambaran jiwa sebenar pemilik suara penuh karakter ini.

Mendapat sentuhan komposer-komposer terkenal seperti Azlan Abu Hassan, Audi Mok, Kevin Chin, Tinta S dan ramai lagi, album yang mengandungi lapan buah lagu ini mempunyai kelasnya yang tersendiri. Suara besar dan penuh karakter Stephen merupakan aset utama di dalam album ini.

Anda akan dibuai emosi dan penuh perasaan ketika melayani lagu-lagu yang telah digubah dengan indah. Disebabkan oleh kemahiran bahasa Melayu Stephen yang kurang dan pelat Inggerisnya masih tebal, maka album ini sudah semestinya kedengaran agak asing sedikit bunyinya. Bukan asing yang negatif, namun kedengaran asing, unik dan sekali dengar sahaja kita sudah tahu bahawa si penyanyi bukanlah orang Melayu dengan loghat bahasa Melayu biasa. Bahasa Melayu bukan bahasa utama pertuturan Stephen namun cubaannya di dalam menghasilkan album Melayu sepenuhnya ini merupakan satu usaha yang boleh dibanggakan.

Penampilan istimewa Jaclyn Victor melalui lagu Hati Berbisik merupakan satu perkara yang harus diberikan perhatian di dalam album ini. Paduan dua suara yang merdu dan mengasyikkan ini bakal menjadi kegemaran ramai dengan mutu persembahan vokal yang cukup menghiburkan. Istimewanya dengan album ini, genre-genre seperti pop-rock, rock alternatif, dan semestinya balada menawan jiwa telah disusun dengan aturan yang sesuai.

Dimulakan dengan lagu epik dengan irama lagu yang membuatkan anda rasa bersemangat dan merupakan sebuah lagu permulaan yang baik buat album pertama Stephen di dalam bahasa Melayu ini. Kemudian diikuti dengan Hati Berbisik yang penuh dengan lirik yang romantis dan lagu irama slow pop yang sesuai dengan suara Stephen.


Lagu balada penuh perasaan yang mengusik jiwa seperti Bertemu Di Syurga akan membuatkan anda merasakan yang album ini penuh dengan karakter dan rangkaian lagu yang menarik. Lagu irama pop yang rancak dan ceria, lagu balada mengusik jiwa dan membuai rasa, lagu pop rock yang segar dan mampu membuatkan anda menari bersama merupakan gabungan rasa yang lengkap sempurna untuk album ini.

Bawalah Aku merupakan single taruhan pertama buat album ini yang mengakhirkan pilihan lagu yang terakhir dengan lagu Ku Lepas. Kepada mereka yang ingin merasakan keasyikan dan pesona Stephen Rahman Hughes sudah boleh mendapatkan album ini di pasaran sekarang!

Senarai tajuk-tajuk lagu di dalam album Stephen Rahman Hughes:

• Sejuta Rasa
• Hati Berbisik feat Jaclyn Victor
• Di Ribaan Cinta
• Bertemu Di Syurga
• Bawalah Aku
• Cinta Masih Ada
• Ekspressi
• Ku Lepas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan