Nuffnang

Sabtu, 14 April 2012

Mizz Nina - Google Blog Search

Mizz Nina - Google Blog Search


<b>Mizz Nina</b> Dapat Restu Noh

Posted: 13 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks Oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2012: Menampilkan pendekatan muzik yang lain-lain daripada yang lain, Mizz Nina memberi variasi kepada industri muzik tempatan yang dahagakan alunan muzik baru buat pendengar tempatan.

Setelah lebih sebulan pulang daripada siri promosi single Takeover di Amerika Syarikat, kini Mizz Nina sibuk memenuhi undangan persembahan di ibu negara dalam masa yang sama mempromosikan single yang dihasilkan dengan kerjasama Flo Rida itu.

Diajukan soalan mengenai rumah tangganya bersama vokalis Hujan iaitu Noh, Mizz Nina memberitahu dia beruntung kerana mempunyai pasangan hidup yang memahami karjayanya kerana masing-masing berada dalam industri yang sama.

"Noh okay. Dia selalu bagi saya sokongan dalam apa yang saya buat walaupun saya selalu tinggalkan dia untuk urusan kerja.

"Tetapi saya beruntung semua berjalan dengan lancar atas restu yang diberikan oleh suami.

"Bila sudah beaada di Kuala Lumpur, saya akan cari masa untuk bersama. Kadang-kadang kami akan habiskan masa hujung minggu dirumah sahaja berdua.

"Jika punya masa terluang kami akan pulang ke kampung Noh di Miri atau ke destinasi yang dekat seperti Port Dickson atau Singapura untuk menghabiskan masa bersama," ujar Mizz Nina yang akan menyambut ulangtahun perkahwinan bersama Noh pada Julai ini.

"Untuk tahun ini, saya belum ada perancangan lagi untuk mempunyai cahaya mata kerana mahu menumpukan sepenuhnya kepada karier.

"Mungkin tahun depan, saya akan memikirkan hal yang sering ditanyakan kepada saya ini," tambah Mizz Nina lagi apabila diajukan soalan tentang perancangan untuk memiliki cahaya mata.

Mizz Nina kini sibuk dalam perancangan untuk memasarkan album keduanya pada hujung Mei depan. Album yang akan menampilkan single Takeover bersama enam lagi lagu yang dua daripadanya dihasilkan oleh komposer terkenal Colby O'Donis.

Mizz Nina juga turut menampilkan satu lagu Melayu yang ditulis sendiri oleh Noh dan dihasilkan bersama DJ Goldfish dan Blink yang berjudul Rentak Yang Sama. Untuk album ini Mizz Nina bakal memuaskan para peminat muzik berentak Pop Dance ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan