Nuffnang

Sabtu, 14 April 2012

Zul Handyblack - Google Blog Search

Zul Handyblack - Google Blog Search


[Terbakor Hiburan] Aksi panas <b>Zul Handyblack</b> direstui isteri, tidak <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 05:22 PM PST

 

Pergh, rasanya ini adalah statement paling panas pelakon Malaysia berani melakonkan babak babak ghairah dalam filem kan? Biasanya apabila ditanya wartawan atau peminat, mereka akan kata, itu hanya satu lakonan dan mereka hanya menunaikan amanah sebagai seorang pelakon..gitu. Melalui KosmoZul Handyblack ataupun Zul Suphian menegaskan yang babak ghairahnya dalam filem mendapat restu isteri dan keluarga, serta dia tidak akan menolak mana mana tawaran untuk berbogel dalam filem akan datang. 

 Selak Raja Lawak 6, the best!  

  Nak lulus Temuduga Jururawat dengan mudah?  

  Buat income di Twitter tanpa modal!  

Zul Handyblack tak kisah berbogel dalam filem

[Terbakor Hiburan] Aksi panas Zul Handyblack direstui isteri, tidak tolak tawaran berbogel dalam filem akan datang

Bukan mahu cipta kontroversi, hanya ikut kehendak pengarah

"SAYA tidak akan menolak jika ditawarkan untuk berbogel dalam mana-mana filem di masa-masa hadapan dan isteri saya pun tidak kisah jika saya dikehendaki berbogel sekali lagi (dalam filem)." Sekali dengar ia seperti kenyataan 'berani mati' atau 'madah bercili' yang dilontarkan dari mulut pelakon Hollywood, tetapi realitinya itulah kenyataan tulus pelakon Zul Suphian tatkala mengulas mengenai karakter lakonannya dalam dua buah filem seram, Mantra dan Keramat.

 Baju Kurung Manik Termurah di Pasaran. Menangi RM50 dengan mudah!  

Kontroversi atau tidak, itulah pendirian pemilik nama sebenar Nurzul Suphia'an Sa'ban, 38, yang dulunya dikenali sebagai Zul Handy Black. Dia nampaknya cuba mencipta 'jenama'nya yang tersendiri dengan sering muncul dalam babak 'panas' dalam filem-filem lakonannya.

Namakan satu pelakon Malaysia yang pernah muncul berbogel di layar perak dan kemudian kini muncul separuh bogel dalam adegan ghairah bersama pelakon wanita dalam filem terbaharunya kalau tidak Zul Suphian!

"Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai 'teman wanita' dalam setiap produk lakonan saya," tutur Zul.

"Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas," itu ulasan dan alasan pelengkap yang diberikan Zul merangkumi adegan bogelnya dalam filem Mantra pada tahun lepas dan adegan ghairahnya bersama aktres Mon Ryanti untuk filem Keramat yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Bagi Zul, beraksi ghairah bukanlah cabaran berat baginya, namun baginya, cabaran sebenar adalah apabila untuk filem Keramat dia perlu memerankan dua karakter yang berlainan iaitu watak Nazmir pada era hari ini dan Habib seorang lelaki yang hidup pada tahun 1900.

 Cocoaphilia coklat paling sedap!   

  Kuasa PRU 13 yang PERLU diketahui!   

  Panduan Kesihatan Khas untuk Ibu Hamil!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan